27.9 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Segerakan bantuan banjir sebelum Thaipusam, TBC – Muhyiddin

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PENGERUSI Majlis Pemulihan Negara (MPN), Tan Sri Muhyiddin Yassin sekali lagi menggesa segala bantuan kepada mangsa banjir hendaklah disalurkan secepat mungkin.

Ini kerana, menurut bekas Perdana Menteri itu, ada kalangan mangsa banjir yang sangat memerlukannya lebih-lebih lagi menjelang Thaipusan dan Tahun Baharu Cin yang bakal menjelma.

Beliau turut berharap agar bantuan tersebut dapat diteruskan walaupun musibah tersebut telah berakhir, terutama bantuan pascabanjir.

“Bantuan yang diperlukan termasuklah kerja-kerja membersihkan rumah, membaiki kerosakan dan kemusnahan serta menyediakan tempat tinggal sementara bagi mereka yang kehilangan tempat berlindung.

“Pastinya bantuan ini sedikit sebanyak memberi sinar kegembiraan kepada mereka yang akan merayakannya,” katanya menerusi Facebook beliau hari ini.

Sebelum itu, Muhyiddin melawat mangsa-mangsa banjir pusat pemindahan sementara (PPS) di sekitar Parlimen Pagoh. Sehingga kini terdapat sembilan PPS masih dibuka di kawasan tersebut.

Sementara itu, Ahli Parlimen Pagoh itu berkata, rata-rata mangsa banjir yang ditemui melahirkan rasa puas hati dengan kemudahan dan layanan yang diterima sepanjang berada di PPS tersebut.

Beliau berkata, segala keperluan asas seperti makanan, pakaian serta penjagaan kesihatan semuanya terjaga dengan baik ketika berada di PPS berkenaan.

“Walaupun keadaan cuaca sudah baik dan tidak lagi hujan, masih ada mangsa banjir yang perlu berlindung di PPS kerana kawasan atau rumah mereka masih digenangi air,” katanya.

Sembilan PPS yang masih beroperasi ialah di Durian Chondong yang menempatkan 15 keluarga, Felda Sri Jaya (10), Sekolah Agama Penchu (10), SJKC Kung Yu, Kundang Ulu (36), Sekolah Agama Bukit Rahmat (21), SK Bukit Rahmat (31), SJKC Pei Eng (34), SMK Sultan Alauddin Riayat Shah 1 (80) dan Dewan Serbaguna Pagoh (31 keluarga).

-EDISI9

Terkini

Imigresen serbu pusat hiburan sediakan ‘call girl’, 63 ditahan

JABATAN Imigresen Johor menyerbu sebuah pusat hiburan yang disyaki menyediakan gadis panggilan (call girl) di Taman Mount Austin, Johor...

Lagi Artikel Berkaitan