24.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

PM buat laporan polis terhadap dua portal berita

Berhubung satu laporan berita yang didakwa palsu

Mesti Baca

PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan membuat laporan polis berhubung laporan dua portal berita yang disifatkan palsu.

Berdasarkan jemputan yang diterima pihak media, laporan polis itu akan dibuat oleh setiausaha politiknya di Balai Polis Dang Wangi, Kuala Lumpur pada pukul 2 petang ini.

Tindakan itu dipercayai berkaitan laporan berita yang dibuat oleh kedua-dua media tersebut yang mendakwa Ismail Sabri memohon agar parti-parti politik tidak menarik sokongan kerana bimbang menjadi Perdana Menteri paling singkat.

Dakwaan itu dipercayai ada kaitan dengan kenyataan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengingatkan bahawa sokongan Bersatu dan Pas kepada kerajaan pimpinan Ismail Sabri adalah bersyarat.

Advertisements

Kenyataan itu dibuat dalam sidang media bersama Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang selepas Muzakarah Bersatu Pas yang diadakan pada 28 dan 29 Januari lepas.

Peringatan Muhyiddin itu susulan tindakan UMNO dan Barisan Nasional (BN) yang membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor tanpa berbincang dengan parti-parti lain dalam kerajaan negeri, bagi membolehkan pilihan raya negeri (PRN) diadakan.

Pada 22 Januari lalu, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar berkenan menerima cadangan Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad untuk membubarkan DUN.

Ini sekali gus menyaksikan satu lagi PRN bakal diadakan selepas Melaka dan Sarawak yang diadakan pada Oktober dan Disember tahun lalu. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan