25.5 C
Kuala Lumpur
Sunday, January 29, 2023

336 besi cerucuk dipasang di tanah mendap Lestari Perdana

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

MAJLIS Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) selesai memasang 336 besi cerucuk di kawasan tanah mendap di Lestari Perdana, Bandar Putra Permai di Seri Kembangan sehingga hari ini.

Timbalan Datuk Bandar Subang Jaya, Mohd Zulkurnain Che Ali berkata, ia melibatkan pemasangan besi cerucuk setinggi 12 meter di sepanjang 135 meter kawasan tanah yang terjejas.

“Kita sudah pasang 336 besi cerucuk (setiap satunya) dengan kedalaman 12 meter sepanjang (jarak) 135 meter namun ini untuk sementara bagi menstabilkan pergerakan tanah,” katanya, lapor Sinar Harian.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan, peniaga yang terjejas di kawasan berkenaan akan dibenarkan menjalankan perniagaan semula apabila keadaan benar-benar selamat.

Menurutnya, pihak MBSJ akan mengadakan perbincangan dengan pihak polis sebelum sebarang kelulusan dapat diberikan kepada peniaga.

“Kita akan bincang dengan pihak polis dan mungkin selepas sambutan Tahun Baharu Cina kita akan timbang untuk mereka berniaga kalau keadaan stabil,” katanya.

Baca juga:   PKPD di Felda Keratong 5 bermula Khamis ini

Sabtu lalu, sistem pemasangan cerucuk mesra alam digunakan bagi kerja-kerja menanam cerucuk tanpa pencemaran bunyi dan gegaran sekali gus dapat mengurangkan risiko terhadap runtuhan.

MBSJ dalam kenyataan di laman Twitternya turut memaklumkan, langkah awal turut diambil dengan pemasangan building settlement marker bagi memantau jika terdapat sebarang pergerakan.

Dalam pada itu, MBSJ kini sedang bekerjasama dengan beberapa agensi lain dalam membuat kajian bagi mengenal pasti punca sebenar runtuhan sebelum laporan lengkap dapat disiapkan dalam tempoh terdekat.

Baca juga:   Sentiasa buat baik dan buatlah yang terbaik - Radzi

Sebelum ini media melaporkan lima kenderaan yang diletakkan di tepi Jalan LP 1A/2 Lestari Perdana, Bandar Putra Permai di Seri Kembangan rosak selepas tanah mendap berlaku di kawasan berkenaan.-Edisi 9

Wartawan

Terkini

Ini bukan pengakhiran karier politik saya – Hishammuddin

AHLI Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, yang digantung keahlian dalam UMNO menegaskan keputusan itu bukan pengakhiran kepada karier politiknya. Sebaliknya bekas...

Lagi Artikel Berkaitan