32.7 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

KJ dan Dr Noor Hisham ke Geneva 24-29 Januari ini

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

MENTERI Kesihatan Khairy Jamaluddin akan berlepas ke Geneva, Switzerland bagi mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Lembaga Eksekutif Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dari 24 hingga 29 Januari ini.

Turut sama dalam delegasi Malaysia ke mesyuarat berkenaan adalah Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam kenyataan yang dikeluarkan berkata, mesyuarat dijangka akan memberi peluang kepada Malaysia mengetengahkan isu-isu kesihatan signifikan bukan sahaja dalam negara malah rantau pasifik barat.

Advertisements

Mesyuarat ini merupakan mesyuarat berkala yang dihadiri menteri-menteri kesihatan dan pakar-pakar dalam bidang berkaitan dalam membincangkan komitmen, dasar, status pelaksanaan program dan hala tuju sektor kesihatan yang persetujui secara konsensus di bawah WHO.

Malaysia telah dilantik sebagai Lembaga Eksekutif WHO untuk tempoh tiga tahun bermula Mei 2021 hingga Mei 2024.-Edisi 9

Advertisements

Terkini

Apabila kita terlampau berlebih-lebihan meraikan Syawal

Oleh DR MOHD ISTAJID MOKHTAR BARANGKALI Malaysia merupakan antara negara Islam paling berlebih-lebihan dalam menyambut Aidilfitri. Tidak seperti negara-negara Islam Timur...

Lagi Artikel Berkaitan