31.1 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

12 aktivis terlibat perhimpunan #TangkapAzamBaki dikenal pasti

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

POLIS mengenal pasti seramai 12 orang aktivis terlibat dalam perhimpunan Pentas Anak Muda #TangkapAzamBaki yang diadakan secara tidak sah di sebuah restoran di Jalan Pantai Baharu, semalam.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, perhimpunan itu dijalankan kira-kira jam 9 malam dengan kehadiran seramai 30 hingga 40 orang.

“Ingin dimaklumkan bahawa perhimpunan ini tidak mendapat permit dan kebenaran daripada pihak berkuasa dan pihak penganjur gagal menghantar notis pemberitahuan untuk mengadakan program perhimpunan ini kepada polis,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, tiada tangkapan dijalankan ke atas mana-mana individu.

Katanya, bagaimanapun, pemeriksaan butiran diri pengunjung yang hadir dalam perhimpunan tersebut dijalankan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan kerana kenyataan-kenyataan yang mendatangkan khianat awam dan Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012,” ujarnya.

Sebelum ini, beberapa individu yang menghadiri satu ceramah mengenai kempen mendesak Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki ditangkap telah ditahan.

Sepasukan anggota polis telah menyerbu Restoran Amjal di Bangsar pada jam 11:58 malam.

Menurut satu ciapan di Twitter milik @jayjaydenis berkata, pihak polis telah menahan mereka sebelum keluar daripada restoran tersebut.

“Terkini: Sekumpulan pegawai dan anggota polis telah menahan kami daripada pulang dari Restoran Amjal, Bangsar.

“Semua di sini dipaksa serah kad pengenalan,” katanya menerusi ciapan di Twitter hari ini.

Dalam pada itu, satu akaun Twitter dengan nama @TangkapAzamBaki memaklumkan, mereka telah diserbu oleh pihak polis

“Pentas ceramah #TangkapAzamBaki di Restoran Amjal diserbu oleh polis. Beberapa orang telah ditahan. Jangan tangkap rakyat! #TangkapAzamBaki !!,” ujarnya.

Terdahulu, seramai 16 individu termasuk lima pemimpin politik diambil keterangan berhubung penganjuran perhimpunan itu.-Edisi 9


Terkini

Pengawal keselamatan dituduh bunuh anak berusia 6 bulan

SEORANG pengawal keselamatan yang sebelum ini disyaki mendera bayinya, dihadapkan ke Mahkamah Majistret Bandar Baru Bangi hari ini atas...

Lagi Artikel Berkaitan