25.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

Jawatankuasa Pemantauan Bajet 2022 pantau prestasi, pelaksanaan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9


KERAJAAN bertekad dalam memastikan pelaksanaan teratur bagi kesemua strategi yang digariskan di dalam Bajet 2022 bernilai RM332.1 bilion demi kesejahteraan rakyat, sektor perniagaan yang berdaya tahan dan memacu pertumbuhan ekonomi yang makmur dan mampan.

Sehubungan dengan itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sebuah Jawatankuasa Pemantauan Bajet 2022 ditubuhkan bertujuan memantau pelaksanaan dan prestasi inisiatif-inisiatif di bawah belanjawan negara itu serta mencadangkan penyelesaian, intervensi dan perubahan polisi yang sesuai.

Beliau berkata, proses pemantauan juga melibatkan kerjasama rapat dengan kementerian dan agensi pelaksana bagi memastikan penyaluran manfaat Bajet 2022 dan penyampaian perkhidmatan awam efisien dan efektif.

“Selain itu, JPB 2022 juga meneliti tahap keberhasilan inisiatif-inisiatif di bawah Bajet 2022 dan mempertimbangkan semula jumlah peruntukan bagi inisiatif-inisiatif berkaitan, jika perlu.

“Pakar-pakar industri akan dijemput menghadiri mesyuarat JPB 2022 untuk memberi maklum balas profesional, jika perlu.

Advertisements

“Kerajaan juga mengalu-alukan maklum balas rakyat, sektor perniagaan dan masyarakat sivil mengenai pelaksanaan Bajet 2022 yang boleh dikongsi melalui talian hotline 03-88824666,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, Ismail Sabri berkata, berkaitan dengan bencana banjir yang meninggalkan impak lebih teruk dari tahun-tahun sebelum ini, kerajaan menegaskan bahawa pelaksanaan agenda kelestarian juga diberi perhatian khusus di dalam penyediaan Bajet 2022.

Kata beliau, sejumlah RM450 juta diperuntukkan bagi pemuliharaan dan pemeliharaan alam sekitar dan biodiversiti, penerbitan Sukuk Kelestarian bernilai RM10 bilion bagi mencapai strategi pembangunan mampan negara.

“Kerajaan juga berharap agar semua segmen Keluarga Malaysia bekerjasama dalam menjayakan pelaksanaan langkah-langkah Bajet 2022 bagi kesejahteraan kita bersama,” katanya.-Edisi 9

Advertisements

Terkini

Wanita perlu jaga darjat, jangan bergaduh kerana ‘buaya’

USAHAWAN selebriti, Datin Thalia Baiduri menitip pesan kepada semua wanita agar sentiasa menjaga darjat serta nilai diri masing-masing. Baginya tidak perlu...

Lagi Artikel Berkaitan