26.2 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024

Pengamal media berkampung, pantau perkembangan Tun M

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PENGAMAL media tempatan dan luar negara sudah mula berkumpul di Institut Jantung Negara (IJN) bagi memantau perkembangan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahahtir Mohamad selepas beliau dilaporkan dimasukkan ke IJN, di ibu negara, hari ini.

Turut kelihatan beberapa kenderaan rasmi beberapa agensi kerajaan berada di premis IJN.

Difahamkan, kenyataan rasmi berhubung status kesihatan Dr Mahathir, 96, akan dikeluarkan dalam masa terdekat.

Advertisements

Bekas Perdana Menteri Malaysia keempat dan ketujuh tersebut pernah dimasukkan ke IJN untuk kali kedua pada 7 Januari lalu bagi menjalani prosedur perubatan elektif di hospital berkenaan dan dibenarkan pulang pada 13 Januari lalu.

Sementara pada 16 Disember lalu, Mahathir turut dimasukkan ke IJN buat kali pertama bagi menjalani pemeriksaan kesihatan dan dibenarkan keluar hospital kira-kira lapan hari kemudiannya.

Bapa Pemodenan itu yang berusia 97 tahun juga merupakan Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang).- Edisi 9

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan