26.4 C
Kuala Lumpur
Friday, September 30, 2022

JPA tetapkan syarat pengeluaran awal wang tunai GCR

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

JABATAN Perkhidmatan Awam (JPA) menetapkan beberapa syarat bagi pemberian awal wang tunai gantian cuti rehat (GCR) kepada penjawat awam yang ingin memohon pengeluaran itu.

JPA menerusi kenyataan berkata, antara syarat ditetapkan adalah tempoh perkhidmatan pegawai yang boleh dimasuk kira hendaklah tidak kurang daripada 15 tahun dan pemohon perlu mencapai syarat umur 45 tahun.

Menurut kenyataan itu lagi, syarat lain dikenakan termasuk jumlah GCR yang terkumpul sebelum permohonan pemberian awal wang tunai GCR hendaklah sekurang-kurangnya 80 hari.

“Pemohon juga mestilah bebas daripada sebarang prosiding jenayah atau tindakan tatatertib dan mendapat perakuan daripada Ketua Jabatan,” katanya.

Jelas kenyataan itu, jumlah maksimum pengumpulan GCR yang boleh dibayar sepanjang tempoh perkhidmatan adalah sebanyak 160 hari.

Menurut JPA, pemberian awal wang tunai GCR sebanyak 80 hari hanya boleh dibuat sekali sahaja sepanjang perkhidmatan manakala baki 80 hari GCR terkumpul akan dibayar pada tahun persaraan wajib pegawai.

Baca juga:   15,595 dos penggalak diberi, angka tertinggi setakat semalam

“Ketua Jabatan hendaklah menggunakan aplikasi Sistem Pengiraan GCR yang boleh dimuat turun di portal www.jpapencen.gov.my untuk tujuan pengiraan GCR yang tepat bagi pemberian awal award wang tunai GCR.

Surat Edaran boleh dimuat turun melalui portal JPA di https://tinyurl.com/59en9n7v dan maklumat perhubungan berkaitan GCR boleh diajukan ke talian 03-8885 4686/ 4428/ 4431/ 4670/ 4427/ 4729 atau emel ke [email protected].

Baca juga:   Pesara tentera tinggal dalam kereta dapat rumah baharu

-EDISI9

Terkini

PM jamin ambil tindakan agresif, selamatkan rakyat Malaysia

PERDANA Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberi jaminan kerajaan akan mengambil tindakan terbaik bagi menyelesaikan isu pemerdagangan manusia...

Lagi Artikel Berkaitan