24.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Omicron: Penggunaan katil hospital, PKRC meningkat

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

JUMLAH penggunaan katil di hospital-hospital seluruh negara didapati meningkat sebanyak 3 peratus antara 23 hingga 29 Januari lalu berikutan pertambah jumlah kes Covid-19 varian Omicron.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, selain itu, jumlah penggunaan katil di Pusat Kawalan dan Rawatan Covid-19 (PKRC) turut meningkat sebanyak 6 peratus.

Beliau berkata, ini berikutan peningkatan kluster pendidikan yang mana pelajar asrama akan dimasukkan ke PKRC sekiranya tiada tempat isolasi yang sesuai bagi mengurangkan risiko jangkitan kepada pelajar lain dan juga komuniti.

“Justeru itu, KKM menasihatkan orang ramai agar segeralah mendaftar dan mendapatkan vaksin Covis-19 iaitu dos 1, dos 2, dan dos penggalak bagi mengurangkan komplikasi jangkitan Covid-19 seterusnya membantu memastikan pengisian katil di fasiliti kesihatan adalah terkawal.

“Bagi yang telah menerima vaksin Covid-19 pula, teruskan menjaga prosedur operasi standard (SOP) dengan mengamalkan dan memperkukuhkan kawalan kendiri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Untuk rekod, penggunaan katil di hospital dengan kadar penggunaan 28.5 peratus serta purata jumlah penggunaan 2,837.

Manakala, bagi penggunaan katil PKRC turut menunjukkan peningkatan sebanyak enam peratus, dengan kadar penggunaan 39.9 peratus serta purata jumlah penggunaan 4,344.

Jelas Noor Hisham lagi, bagi tempoo yang sama, jumlah kes baharu Covid-19 yang dilaporkan adalah 31,980 kes berbanding minggu epidemiologi (ME) dengan peningkatan sebanyak 34.6 peratus.

Advertisements

“Manakala jumlah kes kematian pula menunjukkan penurunan sebanyak 27.5 peratus dengan purata kes aktif adalah sebanyak 46,158 kes,” katanya.

Dalam perkembangan lain, sejumlah 6,399 kluster telah dicatatkan sehingga 29 Januari lalu.

“Terkini, masih terdapat 291 kluster yang masih aktif iaitu peningkatan sebanyak 29.3 peratus berbanding ME 3. Pada ME ke 4, sebanyak 40 kluster telah disytiharkan tamat dengan peningkatan sebanyak 2.6 peratus berbanding ME 3 dan terdapat 106 kluster baharu telah dilaporkan pada ME 4.

Menurutnya, 81 kluster iaitu bersamaan 76.4 peratus adalah kluster pusat pendidikan diikuti 19 (17.9 peratus) kluster tempat kerja; empat (3.8 peratus) kluster komuniti dan dua (1.9 peratus) kluster kumpulan berisiko tinggi.

“Masih terdapat peningkatan kluster baharu dalam beberapa kategori kluster seperti tempat kerja, institusi pendidikan dan komuniti selari dengan pembukaan semua sektor sosial dan sesi persekolahan.

“Berkenaan peningkatan kluster institusi pendidikan, KKM dan agensi-agensi berkaitan sentiasa berusaha untuk mengemas kini SOP semasa dalam memastikan proses pembelajaran dapat berjalan lancar dan selamat,” katanya.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan