33.9 C
Kuala Lumpur
Tuesday, March 19, 2024

10 kluster baharu, Kuala Lumpur catat nilai Rt tertinggi

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEBANYAK 10 kluster baharu dikenal pasti dan menjadi penyumbang kepada 3,074 kes harian COVID-19 negara yang direkodkan hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah tersebut, sebanyak 319 kes import dengan angka keseluruhan kes positif Covid-19 sebanyak 2,805,337 kes.

Menurutnya, terdapat 176 kluster yang masih aktif daripada jumlah keseluruhan 6,205 kluster yang wujud sejak tercetusnya pandemik COVID-19 di negara ini.

“Daripada jumlah kes harian baharu ini, sebanyak 193 kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 90 kes memerlukan alat bantuan pernafasan. Hanya 30 kes iaitu bersamaan 1.0 peratus adalah kategori 3, 4, dan 5.

“Manakala, 3,044 kes atau bersamaan 99.0 peratus lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah Noor Hisham lagi, nilai kadar kebolehjangkitan atau Rt mengikut Negeri berdasarkan kes yang dilaporkan semalam menyaksikan enam negeri mencatatkan nilai Rt lebih dari 1.0.

Menurutnya, Kuala Lumpur mencatatkan nilai Rt tertinggi iaitu 1.08, manakala Putrajaya (1.06); Sabah (1.05); Melaka (1.02); Negeri Sembilan (1.01) dan Selangor (1.0).

Sementara itu dalam perkembangan situasi semasa bencana banjir pula, hanya satu kes penyakit berjangkit yang dikesan dalam kalangan mangsa banjir.

Menurutnya, kes yang dilaporkan adalah gejala acute gastroenteritis (AGE).

“Tiada kes baharu COVID-19 yang direkodkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dan jumlah keseluruhan kes positif di PPS kekal 15 kes.

“Secara keseluruhannya, kes positif COVID-19 dalam kalangan mangsa banjir adalah sebanyak 471 kes dan hanya terdapat satu kluster membabitkan mangsa banjir,” katanya.

-EDISI9

Terkini

Agong murka isu stoking tertera kalimah Allah

YANG di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim murka serta menzahirkan perasaan dukacita berhubung isu penjualan stoking yang tertera kalimah Allah di...

Lagi Artikel Berkaitan