26.5 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Laporan tiga portal berniat jahat terhadap PM

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SATU laporan polis telah dibuat terhadap tiga portal tempatan susulan laporan salah dengan niat jahat dan mencemarkan nama baik Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Mohammad Anuar Mohd Yunus berkata, ketiga-tiga laporan tersebut mengandungi kenyataan palsu dan fitnah jenayah berkaitan kenyataan Perdana Menteri.

Menurut beliau, artikel fitnah berkenaan bertajuk Ismail Sabri bimbang jadi PM paling singkat, rayu jangan tarik sokongan yang disiarkan pada 30 Januari 2022 dan diulang siar dengan tajuk Ismail Sabri rayu jangan tarik sokongan bimbang jadi PM paling singkat, serta disiarkan oleh sebuah lagi portal pada tarikh sama dan menggunakan tajuk sama.

“Ketiga-tiga portal ini dengan sengaja dan tidak beretika membuat laporan yang salah dengan niat jahat dan mencemarkan nama baik Perdana Menteri serta menyebarkan kenyataan palsu dan menimbulkan kegusaran dalam kalangan rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi, Kuala Lumpur hari ini.

Tiga portal yang dimaksudkan itu ialah Agenda Daily, The Malaysia Life dan Dialog Rakayat.

Advertisements

Tegas Mohammad Anuar, ketiga-tiga media tersebut telah memanipulasi kenyataan sebenar Perdana Menteri pada satu majlis di Bera, Pahang pada Sabtu lalu.

Kasta beliau, pada sidang media di Bera itu, ketiga-tiga wakil media tersebut terbabit tidak ada di lokasi berkenaan.

“Laporan ini dibuat supaya pihak berkuasa menyiasat dan mengambil tindakan serius ke atas pemilik ketiga-tiga portal terbabit.

“Bahkan, kita serahkan kepada peguam untuk tindakan susulan,” katanya.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Malaysia melangkah bergaya ke separuh akhir Piala Thomas

MALAYSIA melangkah ke separuh akhir Piala Thomas selepas membenam juara edisi 2014, Jepun 3-1 di peringkat suku akhir Pusat...

Lagi Artikel Berkaitan