25.5 C
Kuala Lumpur
Friday, September 30, 2022

Bayaran ringankan beban mangsa banjir bermula esok – PM

Mesti Baca

PEMBAYARAN inisiatif bantuan meringankan beban mangsa banjir akan bermula esok, dengan Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) menyalurkan wang itu kepada Pejabat Daerah dan Tanah untuk diserahkan kepada mereka yang terlibat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, bayaran itu meliputi sumbangan pembelian barangan keperluan berjumlah RM2,500, diskaun baik pulih kenderaan, rebat pembelian barangan elektrik RM500 dan bantuan baik pulih rumah antara RM5,000 hingga RM15,000 bagi kerosakan akibat bencana banjir.

“Terdapat tiga kaedah bayaran iaitu pemberian secara terus dengan menghantar ke rumah, berkumpul di pusat orang ramai seperti dewan dan sebagainya atau dikreditkan terus ke akaun penerima. Kita serahkan kepada pihak daerah untuk berbincang dengan ICU JPM dalam urusan pembayaran.

“Saya mahu bayaran ini disegerakan dan jangan disulitkan… jangan ada macam-macam borang yang perlu diisi kerana senarai (mangsa banjir) sudah ada jadi tidak perlu borang. Prinsip kita jangan ada karenah birokrasi yang susah sebaliknya mudahkah bantuan,” katanya, lapor Bernama.

Ismail Sabri berkata demikian pada sidang media selepas menyampaikan Bantuan Wang Ihsan (BWI) RM1,000 daripada kerajaan Pusat dan RM500 sumbangan kerajaan Pahang kepada 478 mangsa banjir daerah Bera termasuk 45 mangsa banjir gelombang kedua di Dewan Konvensyen Majlis Daerah Bera, Bera hari ini.

Ismail Sabri berkata, kerja pembaikan rumah rosak yang melibatkan baik pulih kontraktor dilantik, telah mula dilaksanakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) bagi Pahang, Negeri Sembilan dan Melaka.

Baca juga:   600,000 peluang kerja terhidang menerusi Inisiatif Jamin Kerja
Baca juga:   Pelantikan PM baharu diharap hentikan kemelut politik

Bagi bantuan baik pulih kenderaan pula, Ismail Sabri berkata, pejabat daerah dan tanah juga diminta menyenaraikan bengkel di kawasan terlibat supaya mangsa banjir tidak perlu ‘keluar jauh’ bagi mencari pusat servis kenderaan seperti Proton, Perodua atau jenama lain yang mungkin tidak terdapat dalam kawasan mereka.

Dalam perkembangan berkaitan, Perdana Menteri berkata, walaupun senarai mangsa banjir sudah ada di tangan pihak menguruskan bantuan, namun jika terdapat individu tercicir, mereka diminta merujuk kepada pejabat daerah, yang juga dipertanggungjawabkan menyiasat jika terdapat unsur penipuan dalam permohonan bantuan.

“Pegawai daerah boleh menyemak dengan ketua kampung yang tahu dan ada senarai rumah siapa yang ditenggelami air atau siapa yang berpindah ke rumah saudara-mara. Jika di pusat pemindahan sementara (PPS) kita sudah ada senarai (mangsa banjir).

“Di kampung kita juga ada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan mereka juga boleh serahkan nama kepada pegawai daerah. Harap mereka dan ketua kampung akan membantu kerajaan mengenal pasti mangsa yang mengalami bencana ini untuk dibantu sebaiknya,” katanya.

Sementara itu, Ismail Sabri menyangkal dakwaan sesetengah pihak bahawa pelbagai ‘bantuan banjir paling banyak dan cepat diberikan’ itu sebagai tanda-tanda Pilihan Raya Umum (PRU) bakal diadakan dalam masa terdekat.

“Tak ada kena mengena dengan PRU. Apabila rakyat susah, itu tanggungjawab dan kewajipan kerajaan membantu. Ini bukan hanya bantuan daripada kerajaan Persekutuan, tapi kerajaan negeri juga banyak memberi bantuan. Contohnya kerajaan Pahang turut memberikan sumbangan tunai.

Baca juga:   MAIWP terkejut terima aduan keluarga susah di kondo mewah

“Kita juga terima permohonan beberapa kerajaan negeri yang hendak membantu dalam pembinaan rumah. Kita perlukan bantuan kerana sebagai contoh jika tanah terlibat ialah tanah rizab sungai, kita perlukan kerjasama kerajaan negeri untuk mencari tapak lain supaya tidak risau dilanda banjir setiap tahun,” katanya.

Baca juga:   MAIWP terkejut terima aduan keluarga susah di kondo mewah

Mengulas mengenai pembayaran BWI, Perdana Menteri berkata, proses pembayaran di seluruh negara hampir selesai dengan 42,901 ketua isi rumah (KIR) daripada 45,475 atau 94.3 peratus yang berpindah ke PPS sudah menerima wang itu, manakala bagi yang tidak berpindah ke PPS, pembayaran melibatkan 8,631 (KIR) daripada 9,203 atau 93.8 peratus.

Terkini

Ejen kosmetik diculik ke negara jiran berjaya diselamatkan

SEORANG ejen jualan produk kosmetik yang diculik dalam kejadian di Kampung Semat Jal, Wakaf Bharu di Tumpat, Kelantan, 13 September...

Lagi Artikel Berkaitan