26 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Adakan PRU-15, PRN Johor serentak elak pembaziran

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KETUA Penerangan Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) Johor selatan mencadangkan agar Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) diadakan serentak dengan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor bagi mengelakkan pembaziran duit rakyat.

Dalam kenyataan bersama yang dikeluarkan hari ini, mereka berkata, tindakan UMNO membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor dan melaksanakan PRN dalam keadaan rakyat terkesan akibat bencana banjir dan pandemik COVID-19, menunjukkan parti itu tidak peduli langsung dengan kesengsaraan rakyat.

“Lebih baik, sekiranya cadangan PRU-15 diadakan serentak dengan PRN Johor demi mengelakkan pembaziran duit rakyat.

“Dalam pada itu, kami juga mendesak UMNO supaya berhenti membuli parti-parti gabungan Perikatan Nasional (PN) dengan mengadakan PRN hanya untuk merebut kuasa,” kata mereka hari ini.

Sepuluh Ketua Penerangan Bersatu berkenaan ialah Bahagian Mersing, Johor Bahru, Pulai, Iskandar Puteri, Pontian, Muar, Parit Sulong, Tanjung Piai, Kulai, Pasir Gudang dan Kota Tinggi.

Mereka juga sebulat suara menyokong Resolusi Muzakarah Pas-Bersatu pada 28 dan 29 Januari yang membuat ketetapan untuk bersama menyertai Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor atas nama PN demi perpaduan ummah.

Advertisements

Mereka turut mengecam tindakan tidak bermaruah dan tidak berintegriti dua bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang keluar parti selepas pembubaran DUN tempoh hari.

“Tindakan ini menjadikan Bersatu Johor lebih bersemangat untuk menghadapi PRN Johor selepas tiada lagi ‘duri dalam daging’ dalam parti ini,” katanya.

Sebelum ini, Presiden Bersatu merangkap Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Bersatu dan Pas  memutuskan untuk menyertai PRN Johor sebagai satu pasukan di bawah panji PN.

“Bersatu dan Pas dengan penuh kesungguhan dan iltizam akan mewujudkan kestabilan politik dalam negara, menerusi ketetapan yang dipersetujui bersama.

“Kedua-dua parti akan menuju visi dan hala tuju bersama ke arah mengukuhkan PN bersama, menolak budaya politik esktrem, dan menawarkan penyelesaian bagi memulihkan negara.

“Selain itu, akan memperhalusi strategi dan pendekatan bagi mengukuhkan perpaduan ummah dan nasional merentasi platform bukan politik berteraskan nilai kepercayaan bersama, perkongsian saksama,” katanya.- Edisi 9

Advertisements

Terkini

Pemuda UMNO gesa ‘haramkan’ Prof Gilley masuk Malaysia

PEMUDA UMNO Malaysia hari ini mendesak kerajaan mengharamkan seorang ahli akademik pro-zionis Israel, Bruce Gilley daripada memasuki negara ini. Ketuanya,...

Lagi Artikel Berkaitan