24.5 C
Kuala Lumpur
Monday, September 26, 2022

4 PPV buka vaksinasi dos penggalak secara ‘walk-in’ mulai esok

Mesti Baca

EMPAT Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Integrasi membuka kemudahan vaksinasi dos penggalak bagi semua penduduk dewasa di Lembah Klang secara datang terus (walk-in) mulai esok.

Empat PPV terbabit ialah di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di Kuala Lumpur; Axiata Arena, Bukit Jalil; Ideal Convention Centre (ICC), Shah Alam serta Dewan Soka Gakkai di Klang.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam kenyataannya berkata, langkah itu bagi mempertingkatkan kadar pengambilan dos penggalak dalam kalangan penduduk di Lembah Klang.

KKM berkata, ia juga bagi memastikan lebih ramai penduduk di kawasan berkenaan mendapat perlindungan imuniti yang optimum terhadap jangkitan Covid-19, termasuk ancaman Omicron.

“Sehingga 25 Januari, seramai 11,119,363 atau 47.5 peratus penduduk Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas telah menerima dos penggalak vaksin Covid-19.

“Liputan vaksinasi dos penggalak di Lembah Klang juga amat menggalakkan dengan 68.2 peratus penduduk dewasa telahpun menerima dos penggalak,” kata kenyataan KKM hari ini.

Baca juga:   Asas perjuangan UMNO satu padukan orang Melayu, umat Islam

Sarawak kekal merekodkan jumlah penerima vaksinasi dos penggalak tertinggi iaitu sebanyak 69.5 peratus daripada jumlah penduduk dewasa di negeri itu.

“Vaksin yang diberikan di PPV Integrasi di Lembah Klang adalah vaksin AstraZeneca.

“Namun begitu, vaksin Pfizer juga akan dibekalkan bagi individu tertentu seperti ibu hamil yang telah menerima temujanji atau mereka yang mempunyai kontraindikasi terhadapi vaksin AstraZeneca,” katanya.

Baca juga:   Ahli Parlimen belum terima dos penggalak diberi esok

KKM berkata, mereka yang hadir secara datang terus perlu memastikan sijil vaksinasi digital dalam aplikasi MySejahtera adalah lengkap bagi melancarkan proses vaksinasi.

Untuk rekod, program vaksinasi dos penggalak telah bermula sejak 13 Oktober tahun lalu sebagai satu daripada langkah mengawal pandemik Covid-19.

Terkini

Tak pelik bukan PH diumum musuh utama PN – Zahid

PRESIDEN Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan pengumuman Tan Sri Muhyiddin Yassin, Barisan Nasional (BN) musuh utama Perikatan...

Lagi Artikel Berkaitan