TUN Dr. Mahathir Mohamad didapati semakin pulih menerusi penilaian pasukan doktor pakar yang merawat beliau.
Perkembangan terkini itu disampaikan anak sulung bekas Perdana Menteri itu, Datin Paduka Marina Mahathir.
Marina berkata, bapanya sudah dipindah keluar dari Unit Rawatan Koronari (CCU) ke wad biasa di Institut Jantung Negara (IJN) dan menunjukkan aksi ceria serta bersemangat untuk kembali pulih sepenuhnya.
“Bagi mengelak jangkitan, kedua-dua Dr. Mahathir dan Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali tidak dibenarkan menerima pelawat di IJN ketika ini.
“Sekali lagi beliau dan seluruh ahli keluarga mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang mendoakan agar beliau sembuh sepenuhnya,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Pemimpin berusia 96 tahun itu pernah dimasukkan ke IJN pada 7 Januari lalu sebelum dibenarkan keluar pada 13 Januari lepas namun kemudian dimasukkan sekali lagi minggu lalu. – Edisi 9