24.9 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

26 UMNO Bahagian di Johor adakan mesyuarat khas malam ini

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

DESAS-DESUS Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang semakin bertiup kencang dihangatkan lagi dengan mesyuarat oleh kesemua 26 UMNO Bahagian di negeri ini malam ini bagi membincangkan kemungkinan pelaksanaan Pilihan Raya Negeri (PRN) dan memuktamadkan nama-nama calon.

Edisi9 difahamkan, mesyuarat UMNO Bahagian Johor Bahru yang dijadual pukul 8 malam akan dipengerusikan Ketua Bahagian mereka, Tan Sri Shahrir Abdul Samad.

“UMNO Bahagian Johor Bahru akan mengadakan mesyuarat khas pada pukul 8 malam ini, dan dijangka bahagian lain juga sama.

“Memang itu kebiasaannya, intipati daripada mesyuarat bahagian itu kemudiannya akan dibawa ke mesyuarat peringkat negeri, esok,” katanya.

Sementara itu, Ketua Penerangan UMNO Johor, Datuk Seri Dr. Adham Baba hari ini hadir mempengerusikan Mesyuarat Penerangan UMNO Negeri di bangunan Ibu Pejabat UMNO Johor, di sini hari ini.

Advertisements

Mesyuarat yang bermula pada pukul 3 petang dan tamat hampir tiga jam kemudian itu dihadiri kesemua 26 Ketua Penerangan UMNO Bahagian negeri ini.

Media sebelum ini melaporkan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO memberi lampu hijau kepada parti itu untuk bersiap sedia menghadapi PRN Johor bagi mencari mandat baharu mendirikan kerajaan lebih stabil berbanding majoriti satu kerusi ketika ini.

Kerajaan Johor ketika ini memiliki majoriti tipis satu kerusi menerusi 28 DUN berbanding 27 di blok pembangkang dan dianggap ‘goyah’ selepas kematian bekas Menteri Besar yang juga Ahli DUN (ADUN) Kempas, Allahyarham Datuk Osman Sapian.

Barisan Nasional (BN) pada PRN Melaka November lalu memenangi 21 daripada 28 kerusi DUN, sekali gus meyakinkan UMNO untuk menghadapi PRN Johor.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan