30.5 C
Kuala Lumpur
Monday, December 5, 2022

Video tular perhimpunan ulama, Imam Mahdi disiasat

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

POLIS sedang menyiasat satu video tular berkaitan dakwaan seorang lelaki kononnya bakal berlaku perhimpunan ulama dan kemunculan Imam Mahdi di sebuah negeri.

Video berdurasi lapan minit 56 saat yang dirakam menerusi siaran langsung di platform Facebook tular sejak semalam dengan memaparkan seorang lelaki menunjukkan beberapa senjata berupa pedang dan keris.

Rakaman itu dipercayai dibuat di sebuah kedai kraftangan pembuatan senjata di Sayong Lembah, Kuala Kangsar.

Menurut Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid, siaran langsung itu dibuat individu berkenaan ketika dia mengunjungi sebuah kedai menjual pelbagai senjata di Sayong Lembah.

“Saya mengarahkan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah dan Ketua Polis Daerah untuk menjalankan siasatan.

“Benda ini (video) memang berlaku di Sayong Lembah. Kita akan siasat dan dapatkan maklumat lanjut berhubung perkara itu,” katanya ketika ditemui pemberitaselepas menghadiri program High Profile Policing (HPP) Solat Jumaat Polis Perak bersama penduduk Kampung Lubuk Merbau di Masjid Jamek Al-Marbawi di Padang Rengas hari ini.

Baca juga:   Myanmar: ASEAN perlu lebih proaktif - Hishammuddin

Sempena program HPP itu, beliau menyampaikan khutbah Jumaat disediakan Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) bertajuk ‘Berwaspada dengan sindiket Penipuan’.

Sementara itu, mengulas sama ada video tersebut mempunyai kaitan dengan ajaran sesat Perjalanan Mimpi Yang Terakhir (PMYT) oleh wanita dikenali sebagai ‘Sittah Annur’, beliau berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan

Dalam rakaman itu, individu terbabit memberitahu bakal berlaku sebuah perhimpunan dihadiri hampir 300 ulama untuk menyaksikan kebangkitan khalifah ALLAH iaitu Imam Mahdi.

Baca juga:   Lelaki ancam, provok penguatkuasa MPKS dah kena cekup

Dia turut meminta agar orang ramai mempersiapkan diri dengan busur panah dan pedang bagi menyahut seruan jihad daripada Imam Mahdi.

“Sesiapa yang belum ada busur dan pedang, silalah dapatkan sekarang.

“Kalau tak ada busur panah, ikhtiarlah untuk miliki pedang, RM265 sahaja siap pos,” kongsinya merujuk kepada pedang yang dijual di premis itu.

-EDISI9

Wartawan

Terkini

Berani berkhidmat rentasi sempadan politik – Syed Saddiq

AHLI Parlimen Muar, Syed Saddiq Abdul Rahman berpandangan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju, perlu ada keberanian untuk berkhidmat...

Lagi Artikel Berkaitan