24.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

1,050 kit bantuan kepada mangsa banjir di Lipis

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Pembangunan Luar Bandar (KPLB) terus menyantuni mangsa banjir dengan mengagihkan 1,050 kit bantuan di Kawasan Parlimen Lipis, Pahang.

Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar I, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata, KPLB bersama agensi di bawahnya sedia melaksanakan Inisiatif Bantuan Banjir Keluarga Malaysia pada kadar segera demi meringankan beban mangsa yang terjejas.

“Bantuan yang disasarkan bukan hanya merangkumi barang makanan, peralatan memasak, selimut toto dan kit penjagaan kesihatan, bahkan juga sehingga kerja-kerja pembersihan, membaiki kenderaan dan peralatan elektrik pasca banjir,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Lipis berkata demikian pada Majlis Penyampaian Sumbangan Kit Bantuan Mangsa Banjir di Lipis, Pahang.

Advertisements

Tambahnya, MARA turut memberi kelonggaran bayaran balik pinjaman pendidikan dan perniagaan serta pengecualian bayaran sewa premis perniagaan kepada yang terjejas.

KPLB juga berkerjasama dengan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, KPKT dengan peruntukan RM50 juta setiap kementerian untuk Inisiatif Rumah Kasih Keluarga Malaysia bagi membina semula dan membaik pulih rumah mangsa banjir.

“Di bawah inisiatif itu, RM15 ribu diperuntukkan untuk membaiki rumah, RM56 ribu untuk bina semula di Semenanjung dan RM68 ribu untuk bina semula di Sabah dan Sarawak,” kata beliau.

Setakat ini KPLB telah mengenal pasti 1,879 unit rumah yang perlu di baik pulih dan 165 buah rumah pula mengalami kerosakan teruk dan perlu dibina baharu di seluruh negara.- Edisi 9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan