28.2 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 30, 2023

Sukarelawan JIM turun padang bersih rumah mangsa banjir

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SUKARELAWAN Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) terdiri daripada para pegawai dan kakitangannya turun padang membantu membersihkan rumah kediaman yang terjejas akibat banjir minggu lalu.

Diketuai oleh Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud, mereka telah menjalankan misi tersebut di Taman Langat Utama, Rancangan Tanah Belia Bukit Changgang di Hulu Langat serta Kampung Orang Asli Kolam Air Bangkong, Dengkil.

“Usaha itu dilakukan sebagai tanda keprihatinan jabatan itu terhadap mangsa banjir, terutama dalam kalangan kakitangan JIM sendiri yang turut terlibat selain sebagai satu tanggungjawab yang wajar dilakukan ketika saat genting sebegini,” kata JIM menerusi Facebooknya.

Selain mencuci dan mengemas rumah mangsa, sukarelawan JIM juga turut menghulurkan bantuan berupa dapur gas, bakul makanan dan keperluan asas yang disampaikan oleh Khairul Dzaimee sendiri.

Sukarelawan JIM membersihkan salah sebuah rumah mangsa banjir di Taman Langat Utama, Rancangan Tanah Belia Bukit Changgang.

JIM menerusi hantaran di Facebook berkata, pihaknya amat prihatin dengan keadaan mangsa banjir yang terpaksa menghadapi dugaan ini tatkala negara masih lagi dibelenggu pandemik COVID-19.

Baca juga:   PM umum empat inisiatif baharu sempena Hari Pekerja

“Usaha yang dilakukan hari ini diharapkan dapat memberikan sedikit kelegaan dan meringankan beban yang ditanggung mangsa banjir dalam menjalani pemulihan kehidupan harian pasca banjir.-Edisi 9

Turut serta dalam misi tersebut ialah Timbalan Ketua Pengarah Imigresen (Pengurusan), Datuk Zakaria Shaaban.

Kerja-kerja pembersihkan dilakukan sukarelawan JIM.

Wartawan

Terkini

Lelaki pukul, bakar anjing hidup-hidup diburu

SEORANG lelaki warga tempatan diburu pihak berkuasa berikutan kekejamannya memukul dan membakar seekor anjing dipercayai di Taman Impian Emas,...

Lagi Artikel Berkaitan