26.4 C
Kuala Lumpur
Thursday, June 30, 2022

Long Tiger, tiga lelaki direman empat hari

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

LONG Tiger atau nama sebenarnya, Abdul Hamim Ab. Hamid yang dicekup polis di Sungai Petani, Kedah petang semalam direman selama empat hari bermula hari ini ketika dihadapkan ke Mahkamah Majistret Tangkak, pagi ini.

Lelaki berketurunan Rohingya berusia 32 tahun itu dihadapkan di mahkamah bersama tiga lagi individu lelaki yang berusia 36; 38, dan 46 tahun dipercayai terlibat memberi perlindungan kepada Long Tiger.

Perintah reman turut dikenakan ke atas tiga lelaki yang berperwatakan wanita yang dicekup bersama-sama Long Tiger di Sungai Petani, Kedah serta di Yong Peng, Batu Pahat.

Perintah reman tersebut dikeluarkan Majistret Analia Kamaruddin bagi siasatan di bawah Seksyen 223/224 Kanun Keseksaan, manakala tiga lagi individu terbabit disiasat di bawah Seksyen 216 kanun sama.

Semalam, penjenayah paling dikehendaki itu ditangkap pada pukul 3.15 petang ketika sedang bersembunyi di sebuah rumah di Sungai Petani.

Baca juga:   Pelakon lelaki, pengarah positif dadah direman

Pada 15 Disember lalu, Long Tiger bertindak meloloskan diri dari lokap Mahkamah Majistret Tangkak melalui pintu hadapan ketika sedang menunggu proses perbicaraan di bawah Seksyen 388 kerana pemerasan.

Suspek juga masih mempunyai status perbicaraan di bawah Seksyen 506 kerana mengugut dan mengurung bekas pekerjanya serta kesalahan rogol di bawah Seksyen 376 di Mahkamah Sesyen Muar.

Baru-baru ini, polis menahan sepasang suami isteri warga tempatan yang berusia 41 dan 43 tahun disyaki rakan subahat kepada Long Tiger di Balai Polis Bukit Gambir, kira-kira 12.30 tengah malam.

Baca juga:   Suntikan vaksin harian catat rekod tertinggi 215,876 semalam

Dua daripada empat anggota polis yang ditahan sebelum ini terlibat secara langsung dengan aspek kecuaian sehingga Long Tiger meloloskan diri, kini ditahan kerja sehingga habis proses rayuan sebelum tindakan selanjutnya diambil.

Butiran lanjut mengenai tangkapan Long Tiger dan tiga suspek lain dijangka diberikan oleh Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay dalam sidang akhbar khas di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Johor, tengah hari ini. – Edisi 9

Terkini

Tajuddin tak layak jadi duta, elok berehat – Pemuda UMNO

TINDAK-TANDUK Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman yang menyelar Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sangat tidak wajar apatah...

Lagi Artikel Berkaitan