32.3 C
Kuala Lumpur
Sunday, September 15, 2024

Pemilihan UMNO atau PRU-15, PM lebih selesa berdiam diri

Mesti Baca

DATUK Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, beliau lebih selesa berdiam diri jika ditanya mana perlu didahulukan antara pemilihan UMNO atau Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) walaupun boleh memikirkan tarikh sesuai untuk membubarkan Parlimen.

Menurut Perdana Menteri, isu tersebut telah mendapat pelbagai pandangan dalam kalangan ahli, mengenai yang mana perlu didahulukan.

“Bagaimanapun, ini (bubar Parlimen) bukan hak mutlak Perdana Menteri kerana mesti mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong (Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah).

“Jangan kita mendahului kuasa Seri Paduka Baginda dan jangan kita mendahului membuat kenyataan dalam perkara bidang kuasa Seri Paduka Baginda,” katanya seperti dilapor Sinar Harian.

Naib Presiden UMNO itu berkata demikian semasa menggulung perbahasan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Bera hari ini.

Advertisements

Sementara itu, beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Bera berkata, UMNO perlu membuat keputusan mengenai kerjasama parti itu dengan Pas menerusi Muafakat Nasional (MN) agar akar umbi tidak keliru.

Perdana Menteri berkata, keputusan itu wajar diputuskan, sama ada menerusi Mesyuarat Kerja Tertinggi (MKT) atau dalam Perhimpunan Agung UMNO yang dijadualkan berlangsung pada Januari hadapan.

“Kerjasama UMNO dan Pas melalui MN belum ditolak, kerana tiada keputusan yang mengatakan kita kena putuskan hubungan sama ada dari MT, manakala perhimpunan agung masih belum berlangsung… bermaksud belum lagi ada keputusan untuk reverse keputusan yang lepas (setuju bekerjasama).

“Keputusan itu masih stand, maknanya kita perlu kurangkan kenyataan tentang Pas. Kena ada keputusan yang jelas, kerana sekarang ada yang yes, ada no (dengan kerjasama itu),” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat itu.

Advertisements

Terkini

Pelajar POLISAS sertai program mobiliti antarabangsa di Jakarta

SERAMAI 12 pelajar Jabatan Kejuruteraan Elektrik (JKE), Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS) berpeluang menimba ilmu dan pengalaman menarik...

Lagi Artikel Berkaitan