Monday, July 20, 2026

Banjir: 5 laluan di Sepang ditutup

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

LIMA laluan di daerah Sepang terpaksa ditutup sementara untuk semua kenderaan selepas mula dinaiki air sejak pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, ia melibatkan Jalan Labu lanjut-Taman Dataran Abadi, Jalan Kota Warisan-Bandar Baru Salak Tinggi dan Jalan Bukit Changgang-Bandar Baru Salak Tinggi.

“Laluan lain adalah Jalan Salak-Sepang (Pekan Salak Lama) dan Jalan Kampung Ginching (hadapan Masjid Kampung Ginching).

“Jalan Kota Warisan-Bandar Baru Salak Tinggi (jalan baru ke Mahkamah Sepang) turut dinaiki air bagaimanapun masih boleh dilalui kenderaan ringan.

“Laluan kontra dibuka di laluan itu memandangkan sebelah kiri jalan sahaja yang dinaiki air,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Katanya, beberapa lokasi di daerah ini mula dinaiki air sejak petang semalam susulan hujan lebat yang menyebabkan air Sungai Langat melimpah.

Ia termasuk di Bandar Baru Salak Tinggi, Pekan Salak, Dengkil dan beberapa lokasi lain yang turut menjejaskan beberapa kawasan perumahan. – Edisi 9

Terkini

AMH desak menteri, timbalan menteri BN letak jawatan

SEMUA menteri dan timbalan menteri dari Barisan Nasional (BN) didesak meletakkan jawatan masing-masing susulan tindakan parti itu yang secara...

Lagi Artikel Berkaitan