26.3 C
Kuala Lumpur
Thursday, October 6, 2022

Banjir: 134 pintu air ditutup akibat kejadian air pasang

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEBANYAK 134 pintu air di Selangor terpaksa ditutup akibat kejadian air pasang yang menyebabkan tidak selamat untuk dibuka bagi mengelakkan air daripada melimpah keluar ke kawasan-kawasan perumahan penduduk yang berdekatan kunci air.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, tambahan kepada itu, sebanyak 93 pam beroperasi secara penuh untuk mempercepatkan aliran air ke sistem perparitan sungai bagi mengawal kejadian banjir yang sedang berlaku di lima daerah di Selangor.

“Jabatan Meteorologi Malaysia menjangkakan hujan sangat lebat akan berterusan di daerah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat serta negeri seperti Perak, Kelantan, Pahang dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan Putrajaya.

“Oleh yang demikian, saya menasihati penduduk di kawasan-kawasan terbabit untuk mematuhi nasihat pasukan keselamatan dan bersiapsiaga sekiranya diarahkan untuk berpindah ke pusat pemindahan banjir.

“Ini adalah untuk melindungi keselamatan anda dan keluarga untuk waktu yang kritikal ini.

“Elakkan daripada keluar rumah jika tiada keperluan mendesak. Jauhi dari tempat yang dinaiki air kerana ini boleh menyebabkan renjatan elektrik ataupun panahan petir,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Terdahulu, beliau mempengerusikan mesyuarat terkini Unit Pengurusan Bencana Negeri Selangor.

Baca juga:   Lelaki cuba pecah mesin ATM gagal

Amirudin berkata, beberapa ketetapan sedang dan akan diambil bagi menangani kejadian hujan luar biasa ini.

“Pertama, keutamaan mendesak adalah keselamatan mangsa-mangsa banjir di kawasan yang paling terkesan.

Baca juga:   17 kawasan di dua daerah di Melaka dilanda banjir kilat

“Setakat jam 5 petang tadi, Daerah Klang, Petaling, Sepang, Kuala Langat, dan Kuala Selangor, telah mengoperasikan 46 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) bagi menempatkan 3,582 penduduk yang menjadi mangsa banjir selepas tempat kediaman mereka dimasuki air.

“Kesemua PPS ini akan dilengkapi keperluan asas seperti pakaian, makanan, hand sanitiser, pelitup muka serta cubicle (bilik kecil) bagi melindungi keperibadian keluarga masing-masing.

“Kedua, memandangkan kita masih bergelut dengan endemik penularan wabak COVID-19, kesemua mangsa akan melalui saringan COVID-19 secara berkala dan percuma untuk mengelakkan daripada tercetusnya kes COVID.

“PPS khusus akan disediakan bagi mangsa yang dikesan positif COVID.

“Ketiga, aset-aset Kerajaan Negeri serta agensi seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat, Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia akan dikerah, khususnya kenderaan redah banjir bagi tujuan pemindahan mangsa serta pengagihan barang keperluan asas.

“Keempat, saya telah mengarahkan supaya pihak Air Selangor menyediakan tangki air bergerak untuk ditempatkan di PPS yang beroperasi untuk kegunaan penduduk dipindahkan sementara.

“Kelima, kesemua usaha ini akan dikoordinasi oleh Smart Selangor Operations Centre (SSOC) yang beroperasi 24 jam berpusat di Ibu Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, Shah Alam.

“Keenam, Kerajaan Negeri akan menggerakkan pasukan sukarelawan Team Selangor dan SERVE bagi membantu proses menempatkan penduduk di PPS, mengagihkan bantuan awal serta proses pembersihan yang akan bermula selepas air pasang mula surut,” katanya.

Baca juga:   Amirudin cabar Daroyah kosongkan kerusi DUN Sementa
Baca juga:   Elaun PPM KEMAS dinaikkan kepada RM800 sebulan - PM

Menurutnya, beliau mengesyorkan Kerajaan Negeri akan membuat segala yang mampu mengikut kapasiti untuk memastikan bantuan tiba kepada mangsa yang amat memerlukan pada waktu yang kritikal ini.

“Ikuti maklumat mengenai situasi serta pemakluman terkini di laman media sosial rasmi saya di Twitter, Facebook serta Instagram,” katanya.

Sekiranya memerlukan pertolongan, sila hubungi Unit Pengurusan Bencana Negeri Selangor di talian 03-50350920. – Edisi 9

Wartawan

Terkini

Bantuan Musim Tengkujuh pekebun kecil Risda ditambah baik

KABINET bersetuju meluluskan Penambahbaikan skim Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) untuk pekebun kecil getah Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah...

Lagi Artikel Berkaitan