25.4 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Ismail Sabri dapat lampu hijau kekal PM sehingga 2023?

Sebanyak 123 UMNO bahagian yang bersidang secara serentak pada hari ini dan semalam didakwa menyokong usul tersebut

Mesti Baca

DATUK Seri Ismail Sabri Yaakob dikatakan sudah mendapat lampu hijau daripada majoriti UMNO bahagian agar beliau meneruskan tugasnya sebagai Perdana Menteri sehingga tempoh penggal ini berakhir.

Menurut sumber, sebanyak 123 daripada 191 bahagian yang mengadakan mesyuarat perwakilan secara serentah hari ini dan semalam menerima usul agar Naib Presiden UMNO itu kekal sebagai Perdana Menteri sehingga 2023.

Keputusan itu bermakna sebahagian besar bahagian UMNO kini bersedia untuk mengharungi pemilihan parti yang sepatutnya diadakan sebelum 29 Disember 2022

“Ya, 123 Bahagian UMNO telah meluluskan usul agar Ismail Sabri kekal sebagai Perdana Menteri sehingga tempoh penggal ini berakhir iaitu pada 2023,” kata sumber tersebut hari ini.

Sebelum ini, Ismail Sabri yang juga Naib Presiden UMNO berkata, beliau lebih selesa berdiam diri sekiranya ditanya sama ada melaksanakan PRU-15 atau pemilihan parti terlebih dahulu.

Ketika menggulung perbahasan dalam Mesyuarat UMNO Bahagian Bera hari ini, Perdana Menteri berkata, walaupun boleh memikirkan tarikh sesuai untuk membubarkan Parlimen, namun beliau tidak mahu mendahului kuasa Yang di-Pertuan Agong.

Advertisements

“Bagaimanapun, ini (bubar Parlimen) bukan hak mutlak Perdana Menteri kerana mesti mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong (Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah).

“Jangan kita mendahului kuasa Seri Paduka Baginda dan jangan kita mendahului membuat kenyataan dalam perkara bidang kuasa Seri Paduka Baginda,” katanya hari ini seperti dilapor media.

Pada Ogos lalu, Seri Paduka Baginda bertitah bahawa PRU-15 bukan keputusan terbaik bagi menangani krisis politik negara kerana mengambil kira faktor kemaslahan dan keselamatan rakyat.

Keputusan itu dibuat susulan peletakan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Perdana Menteri yang kemudiannya menyaksikan Ismail Sabri mengambil alih jawatan tersebut.

Sebelum ini, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan memaklumkan bahawa parti itu mendapat kebenaran untuk menangguhkan pemilihan parti sehingga 29 Disember 2022.

Ini bermakna mahu tidak mahu UMNO perlu melaksanakan pemilihan parti sebelum tarikh tersebut berakhir, manakala PRU-15 boleh diadakan sebelum Mei 2023. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan