28.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Asas perjuangan UMNO satu padukan orang Melayu, umat Islam

Mesti Baca

DATUK Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengingatkan UMNO agar terus mendalami asas perjuangan parti iaitu menyatupadukan orang Melayu serta umat Islam di negara ini.

Menurut Naib Presiden UMNO itu, besarnya perjuangan parti tersebut bukan sahaja menyatupadukan orang Melayu malah parti-parti komponen yang lain sekali pun yang melibatkan kepelbagaian kaum di negara tercinta ini.

“Inilah UMNO, terus menjadi payung dan tempat untuk rakyat bergantung.” katanya menerusi hantaran dalam Facebook sempena Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Bera, Pahang hari ini.

Ismail Sabri berkata, UMNO menjadi parti yang memainkan peranan yang amat besar sebagai juara yang mendalami derita rakyat.

Malahan, tambah beliau, UMNO juga turut memainkan peranan yang besar sebagai parti yang terus membangun dan membantu rakyat.

Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Bera itu berkata, parti itu akan terus bertunjangkan konsep kekeluargaan, bukan sahaja Keluarga Malaysia tetapi Keluarga UMNO dan Keluarga Bera.

Katanya, konsep itulah yang menjadi institusi menyokong dan membantu antara satu sama lain sebagai sebuah keluarga.

“Terima kasih kepada semua perwakilan yang hadir serta tahniah atas semangat dan komitmen yang dipamerkan pada mesyuarat pada kali ini.

“Semoga persidangan UMNO Bahagian Bera kali ini mengukuhkan lagi keluarga kita dalam tekad khidmat bakti kita kepada masyarakat dan negara,” katanya. – Edisi 9

Terkini

Siti Hajar, pendiam tapi aktif dalam aktiviti kemasyarakatan

BERBEZA dengan mahasiswa lain yang aktif di kampus, gadis ini sering dianggap pendiam, walaupun banyak menyertai malah turut berpeluang...

Lagi Artikel Berkaitan