34.1 C
Kuala Lumpur
Tuesday, March 19, 2024

Kunjungan ke UPSI imbau memori bergelar mahasiswa – PM

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PERDANA Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kunjungannya ke Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah mengimbau kembali memori ketika dirinya bergelar mahasiswa di Universiti Malaya (UM).

Beliau menyatakan keterujaan ketika melangkah ke dalam dewan dan melihat wajah ceria anak muda di Dewan Tuanku Canselor UPSI, di sini.

Ismail Sabri berkata, beliau terkenang memorinya ketika sentiasa aktif dalam pelbagai aktiviti di universiti, selain pernah mengetuai Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) pada 1982/83.

“Seperti anak-anak sekalian, begitulah juga saya ketika itu dan saya juga sempat bergiat aktif di dalam kampus. Bersama saya Datuk Seri Takiyuddin Hassan (Menteri Tenaga dan Sumber Asli) yang juga pemimpin kampus.

“Semasa saya menjadi pelajar di UM, saya terbabit dengan aktiviti kampus. Waktu itu saya menjadi Presiden PMUM 1982/83 dan Takiyuddin mengambil alih kepemimpinan saya pada 1983/84,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program Keluarga Malaysia@IPT 2021 di UPSI, Tanjung Malim, Perak hari ini.

Hadir sama, Takiyuddin yang juga Setiausaha Agung PAS; Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad; Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Yaakob dan Timbalan Menteri Pendidikan I, Datuk Dr Mah Hang Soon.

Dalam pada itu, Ismail Sabri turut berkongsi apabila pemimpin pelajar bertemu dengannya, salah satu soalan yang ditanya bolehkah kami bersifat kritis dan kritikal terhadap kerajaan.

“Kemudian saya jawab boleh dan tidak salah. Cuma yang penting, setiap perkara yang dikatakan mestilah mempunyai fakta.

“Kerajaan hari ini mengiktiraf peranan anak muda dan ini di buktikan apabila meluluskan Undi 18.

“Kita benarkan golongan ini untuk menetukan dan memilih siapa yang bakal menjadi pemimpin negara.

Jelasnya, ramai yang tidak yakin dan skeptical terhadap keputusan kerajaan dalam hal itu kerana dianggap mereka masih terlalu mentah untuk menentukan pemimpin negara.

“Tetapi kerajaan yakin dengan kemampuan anak muda dan mahu mereka menentukan siapa yang berhak jadi pemimpin.

“Sehubungan itu bermula 1 Jan 2022 semua anak muda yang berumur 18 tahun ke atas, secara automatik akan jadi pengundi Insha-Allah.

“Apabila PRU diadakan kerajaan akan pastikan mereka boleh mengundi,” katanya. – Edisi 9

Terkini

Stoking kalimah Allah: KK Mart akan dipanggil bantu siasatan

POLIS akan memanggil pihak KK Supermart & Superstore Sdn Bhd (KK Super Mart) dan beberapa individu lain bagi membantu...

Lagi Artikel Berkaitan