25.9 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

5,020 kes baharu harian COVID-19, 13 kluster lagi

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KES harian positif Covid-19 negara meningkat kepada 5,020 kes berbanding 4,965 kes hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pertambahan itu menjadikan jumlah kumulatif kes Covid-19 negara adalah 2,673,019 kes.

Menurut beliau, kes sembuh pada hari ini merekodkan sebanyak 4,525 kes sekaligus menjadikan jumlah kes kumulatif sebanyak 2,581,395 atau 96.6 peratus.

“Daripada kes baharu yang dilaporkan sebanyak 17 kes adalah kes import melibatkan seramai 14 warganegara dan tiga bukan warganegara.

“Sementara penularan kes tempatan adalah sebanyak 5,003 kes [4,784 warganegara (95.6 peratus); 219 bukan warganegara (4.4 peratus).

“Terdapat 87 kes (1.7 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; manakala 4,933 kes (98.3 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Advertisements

Katanya, kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah sebanyak 428 kes (359 kes disahkan COVID-19; 69 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan).

“Di samping itu, kes memerlukan bantuan pernafasan pula sebanyak 237 kes (159 kes disahkan COVID-19; 78 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan),” katanya.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham memaklumkan sebanyak 13 kluster lagi dilaporkan hari ini.

“Jumlah kluster yang telah tamat sebanyak 5,760 kluster; dan jumlah kluster aktif yang dilaporkan kini mencecah 245 kluster,” katanya. – Edisi 9



Advertisements

Terkini

Zahid, Muhyiddin sepakat batal saman, henti pertikaian peribadi

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini membuat...

Lagi Artikel Berkaitan