27.8 C
Kuala Lumpur
Wednesday, September 28, 2022

Usaha Long Tiger larikan diri ke negara jiran berkecai

Long Tiger dibantu seorang lelaki berperwatakan lembut berusia 46 tahun yang dikenali menerusi Facebook

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

USAHA Long Tiger untuk melarikan diri ke negara jiran dengan berlindung di sebuah rumah didiami seorang lelaki berperwatakan perempuan berusia 46 tahun yang dikenalinya melalui Facebook sejak tahun lalu berkecai.

Ini kerana pemilik nama sebenarnya, Abdul Hamim Ab. Hamid, 32, terlebih dahulu ditangkap oleh pasuk polis yang memburunya sejak meloloskan diri dari lokap Mahkamah Majistret Tangkak, Johor pada 15 Disember lalu.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, lelaki berketurunan Rohingya itu berjaya diberkas di sebuah rumah yang didiami seorang lelaki berusia 46 tahun yang dikenalinya melalui Facebook sejak tahun lalu.

“Memang dipercayai rancangan Long Tiger adalah untuk melarikan diri keluar dari negara ini sama ada ke Thailand atau Indonesia, siasatan lanjut masih dijalankan termasuk bagaimana dia menuju ke utara tanah air.

“Oleh sebab itu kita turut menahan suspek bersama tiga lagi individu lain termasuk salah seorang daripada mereka yang memiliki rekod lampau berkaitan dadah dan jenayah,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, hari ini.

Baca juga:   Malaysia, Singapura batalkan projek HSR
AYOB KHAN MYDIN PITCHAY

Long Tiger diberkas di Jalan Kuala Ketil berhampiran Sungai Petani, Kedah pada pukul 3.15 petang semalam, selepas 13 hari menyembunyikan diri daripada buruan.

Ayob Khan berkata, Long Tiger dibantu dua lelaki di Batu Pahat, Johor yang dipercayai memotong gari yang dipakainya ketika lari dari tahanan selain salah seorang membeli kad sim untuk kegunaan penjenayah itu.

Baca juga:   Lebih setengah juta pelancong asing tiba sejak 1 April

Katanya, tangkapan terhadap kedua-dua lelaki berusia 36 dan 38 tahun itu dilakukan antara pukul 7.25 malam hingga 3 pagi ini susulan siasatan yang dilakukan.

Polis turut merampas sepasang gari dan sebilah pemotong besi yang dipercayai digunakan dalam kes terbabit.

Ayob Khan berkata, ketika ditahan polis, Long Tiger sekali lagi cuba melarikan diri dengan memanjat bumbung namun tergelincir jatuh di lantai dapur rumah terbabit sehingga mengalami kecederaan ringan.

Long Tiger bersama tiga lelaki terbabit dikenakan reman selama empat hari bermula hari ini oleh Majistret Analia Kamaruddin di Mahkamah Majistret Tangkak.

Perintah reman terhadap Long Tiger dikeluarkan bagi siasatan di bawah Seksyen 223/224 Kanun Keseksaan, manakala tiga lagi individu terbabit disiasat di bawah Seksyen 216 kanun sama.

Pada 15 Disember lalu, Long Tiger dibawa ke Mahkamah Majistret Tangkak bagi perbicaraan kes di bawah Seksyen 388 sebelum meloloksna diri kira-kira pukul 11.55 pagi.

Sejak kehilangannya, Long Tiger menjadi buruan polis selain peguam mewakilinya, Datuk Sharudin Ali turut menarik diri daripada mewakili lelaki itu.

Baca juga:   Buli: Dua pelajar ditahan akibatkan junior bengkak rusuk

Dua anggota polis turut digantung tugas bagi membantu siasatan berhubung insiden berkenaan kerana disyaki terbabit secara langsung atas kesalahan cuai sehingga menyebabkan tahan itu melarikan diri.

-EDISI9

Terkini

96 PPS sedia diaktif di KL dan Putrajaya -Rina Harun

BAGI persiapan menghadapi musim Monsun Timur Laut (MTL) tahun ini, sebanyak 96 pusat pemindahan sementara (PPS) sedia diaktifkan. Dengan...

Lagi Artikel Berkaitan