33.4 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 28, 2024

MySejahtera perkenal ciri MySJ Trace, tak perlu lagi ‘check-out’

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

ORANG ramai tidak lagi perlu menggunakan ciri daftar keluar (check-out button) yang terdapat di MySejahtera selepas Kementerian Kesihatan (KKM) memperkenalkan ciri baharu MySJ Trace pada aplikasi berkenaan.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, MySejahtera kini dilengkapi ciri baharu iaitu MySJ Trace bagi membolehkan pengesanan kontak rapat dibuat secara lebih sistematik.

Katanya, MySJ Trace menggunakan sistem Bluetooth akan memberi maklumat secara langsung bilangan interaksi dengan pengguna lain yang turut mengaktifkan ciri baharu berkenaan.

“Jika anda disahkan positif, anda boleh hantar data interaksi kepada KKM untuk proses pengesanan kontak dibuat. Semua data interaksi adalah tidak didedahkan,” katanya dalam satu ciapan di Twitter baru-baru ini.

Menurutnya, masyarakat digalakkan menggunakan ciri baharu itu apabila berada di lokasi awam khususnya di kawasan tertutup.

Pada masa sama, Khairy turut memaklumkan ciri mendaftar keluar yang terdapat dalam aplikasi MySejahtera tidak lagi digunakan

MySejahtera trace (MySJ Trace)

Sebelum ini, media melaporkan aplikasi MySejahtera mempunyai satu ciri tambahan bagi membolehkan pengesanan kontak rapat kepada kes positif jangkitan COVID-19, boleh dimuat turun, mulai 26 Disember lalu.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, menjelaskan fungsi baharu itu diperkenalkan dalam kemaskini terkini MySejahtera dikenali sebagai MySejahtera Trace (MySJ Trace).

“MySJ Trace menggunakan bluetooth untuk mengesan kontak rapat yang juga mengguna ciri yang sama.

“Ciri itu akan memberi maklumat secara live bilangan interaksi dengan pengguna lain yang juga aktifkan MySJ Trace.

Sementara itu, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) menjelaskan fungsi MySJ Trace dalam aplikasi MySejahtera adalah bagi memudahkan pengesanan kontak rapat kepada kes positif jangkitan COVID-19 dengan menggunakan teknologi bluetooth.

Fungsi MySJ Trace dibangunkan bagi memenuhi keperluan program Find, Trace, Test, Isolate dan Support (FTTIS) dalam pencegahan dan mengawal penularan jangkitan COVID-19 .

Langkah itu dibuat bagi memastikan keberkesanan aktiviti pengesanan kontak rapat kepada kes positif jangkitan COVID-19.- Edisi 9

Terkini

Merakyatkan ilmu sains demi masa depan

Oleh PROF MADYA TS DR ZUL ILHAM ZULKIFLEE LUBES DALAM era di mana kemeruapan drastik, ketidaktentuan, kerumitan dan kesamaran ialah...

Lagi Artikel Berkaitan