25.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, December 5, 2024

Kadar RT seluruh negara 0.95; Perlis tertinggi

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KADAR kebolehjangkitan atau R-naught (Rt) COVID-19 bagi seluruh negara adalah 0.95 semalam, dengan kebanyakan negeri melepasi nilai itu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, menerusi perkongsian di Twitter berkata, Rt tertinggi dicatatkan Perlis iaitu 1.09, diikuti Pulau Pinang dan Labuan (1.03), manakala Melaka dan Kuala Lumpur (1.0).

“Selangor, Johor, Kedah dan Pahang merekodkan nilai Rt 0.99, diikuti Putrajaya dan Perak (0.98), Kelantan dan Sabah (0.95).

Advertisements

“Secara keseluruhannya, nilai Rt tidak berubah sejak kelmarin selepas mencatatkan penurunan sejak dua minggu lalu,” katanya.

Beberapa negeri mencatatkan di bawah Rt seluruh negara, dengan Terengganu 0.94, Negeri Sembilan 0.93 dan Sarawak 0.77.

Nilai Rt tertinggi di seluruh negara dicatatkan di antara 13 dan 15 November lalu dengan nilai 1.05.-Edisi 9

Advertisements

Terkini

Jangan terjebak perjudian perhubungan cinta ekspres

Oleh DR NORSAFATUL AZNIN A. RAZAK DALAM era moden yang serba pantas ini, hubungan percintaan sering kali terbentuk dengan begitu...

Lagi Artikel Berkaitan