25.4 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

445 pelajar berhenti sekolah atas alasan ingin berkahwin

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SERAMAI 445 pelajar sekolah dikesan tidak menamatkan sesi persekolahan dengan alasan ingin berkahwin sepanjang tahun lalu sehingga kini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Idris Ahmad berkata, daripada jumlah itu, seramai 411 orang adalah pelajar perempuan sementara 34 orang lagi adalah pelajar lelaki.

“Semua permohonan perkahwinan bawah umur bagi orang Islam dibuat di Mahkamah Tinggi Syariah.

“Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri-Negeri juga menetapkan mana-mana pemohon di bawah umur minimum yang hendak berkahwin hendaklah mendapatkan kebenaran daripada Hakim Syarie terlebih dahulu,” jelasnya.

Beliau berkata demikian dalam jawaban yang dimuat naik di laman sesawang Parlimen hari ini.

Terdahulu, Fuziah Salleh (PH-Kuantan) meminta kerajaan menyatakan jumlah pelajar berhenti sekolah untuk berkahwin ketika pandemik COVID-19.

Menurut Idris, Sarawak mencatatkan rekod paling tinggi iaitu 183 kes, diikuti Sabah (86), Kelantan (43), Pahang (38), Terengganu dan Perak masing-masing 21 kes.

Ia disusuli Kedah (17), Selangor (12), Johor (10), Perlis dan Pulau Pinang (empat), Negeri Sembilan (tiga), Melaka (dua), dan Labuan (satu).

-EDISI9

Terkini

China minta lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan – Zahid

CHINA meminta agar lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan antara kedua negara, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid...

Lagi Artikel Berkaitan