36 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Jalan di Hulu Langat ditutup dua jam sehari untuk angkut sampah

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

BEBERAPA jalan di sekitar Hulu Langat, Selangor akan ditutup selama dua jam pada setiap Isnin hingga Khamis bagi memudahkan kerja-kerja pembersihan sampah akibat banjirdi kawasan perumahan serta bahu jalan.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, penutupan itu bermula dari pukul 8 hingga 10 pagi bagi melancarkan proses kutipan sampah oleh KDEB Waste Management Sdn Bhd (KDEBWM) susulan berlaku kesesakan jalan sehingga menghalang lori syarikat tersebut menjalankan tanggungjawabnya.

“Pada peringkat awal, kita ingin melaksanakan penutupan itu selama dua hari sahaja namun bagi kawasan Hulu Langat kita melakukan penutupan setiap hari kecuali Jumaat hingga Ahad.

“Ini berikutan jumlah sukarelawan pada tiga hari berkenaan sangat ramai, jadi kita tidak mahu mengganggu kerja sukarelawan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, kesesakan jalan di daerah itu adalah disebabkan oleh kehadiran sukarelawan yang ramai serta longgokan sampah yang terbiar lama di bahu jalan dan kawasan perumahan.

“Ini menyebabkan operasi kutipan sampah mengambil masa dan pihaknya terpaksa menambah jumlah hari bagi operasi pembersihan,”katanya.

Amirudin berkata, bagi daerah Klang, kerajaan negeri sedang meneliti kemungkinan melaksanakan perkara yang sama (penutupan jalan) di Padang Jawa, Seksyen 16 dan Taman Sri Muda, Seksyen 25.

“Bagaimanapun, ia bergantung kepada kesesuaian dan ia akan umumkan sekurang-kurangnya satu hari awal bagi memudahkan perancangan penduduk sekitar.

“Selain itu, setakat hari ini sebanyak 13,699.55 tan sampah pukal akibat banjir diangkut dengan membabitkan implikasi kewangan RM6.03 juta,” katanya.-Edisi 9

Terkini

Imigresen serbu pusat hiburan sediakan ‘call girl’, 63 ditahan

JABATAN Imigresen Johor menyerbu sebuah pusat hiburan yang disyaki menyediakan gadis panggilan (call girl) di Taman Mount Austin, Johor...

Lagi Artikel Berkaitan