31.2 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 30, 2023

COVID-19: 306 sampel kes positif mungkin varian Omicron

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEJUMLAH 306 sampel kes positif COVID-19 hasil ujian dijalankan dalam kalangan pengembara yang memasuki negara ini berkemungkinan adalah varian Omicron.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, ujian PCR Genotyping Assay telah dijalankan Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) melibatkan pengembara dari 21 sehingga 25 Disember 2021.

“Daripada jumlah tersebut, sebanyak 306 telah menunjukkan berkemungkinan (presumptive) varian Omicron dan kini menunggu keputusan ujian jujukan penuh (WGS),” katanya dalam sidang media di Putrajaya hari ini, lapor Astro Awani.

Sehubungan dengan itu, beliau berkata, kerajaan telah memutuskan akan menarik semula sekatan perjalanan sementara ke atas lapan buah negara iaitu Afrika Selatan, Botswana, Eswatini, Lesotho, Mozambique, Namibia, Zimbabwe dan Malawi.

Jelasnya, kesemua lapan negara itu akan dimasukkan ke dalam senarai negara berisiko tinggi, menjadikan jumlah negara yang berisiko tinggi kini adalah 18 buah.

Baca juga:   Siasat segera lelaki kasari anggota bomba - Menteri

Senarai Negara Berisiko Tinggi varian Omicron:

  1. United Kingdom
  2. Amerika Syarikat
  3. Australia
  4. Arab Saudi
  5. Norway
  6. Perancis
  7. Denmark
  8. India
  9. Kanada
  10. Nigeria
  11. Afrika Selatan
  12. Botswana
  13. Eswatini
  14. Lesotho
  15. Mozambique
  16. Namibia
  17. Zimbabwe
  18. Malawi

Wartawan

Terkini

Isteri Musa Hassan fail permohonan cerai kerana shiqaq

ISTERI bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah di Shah Alam,...

Lagi Artikel Berkaitan