27.9 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Penjawat awam jadi sukarelawan banjir diberi cuti khas

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

KERAJAAN mempertimbangkan cuti khas kepada penjawat awam yang terbabit sebagai sukarelawan pasca banjir, kata Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali.

Beliau berkata, pemberian cuti itu akan membolehkan lebih ramai penjawat awam turun membantu operasi pembersihan selepas banjir, terutamanya di kawasan yang teruk terjejas dan memerlukan ramai tenaga kerja.

“Ramai (penjawat awam) yang ingin menjadi sukarelawan membantu mereka yang terkesan tapi kadang-kadang mereka tiada saluran sesuai, selain terikat dengan peraturan seperti tidak boleh keluar pada waktu pejabat,” katanya seperti dilapor Bernama.

Mohd Zuki berkata demikian selepas menyerahkan Bantuan Wang Ihsan (BWI) kepada 132 ketua keluarga mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Tualang, Pahang, hari ini.

Turut hadir Ketua Polis Pahang, Datuk Ramli Mohamed Yoosuf dan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar, Perladangan dan Komoditi Pahang Mohd Sharkar Shamsuddin.

Mohd Zuki berkata, pemberian cuti khas itu adalah sama seperti diumumkan Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa semalam, iaitu cuti tanpa rekod diberikan kepada pegawai Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) dan agensi yang menjadi sukarelawan Program Bantu Hingga Selesai anjuran kementerian itu.

Beliau dalam pada itu berkata kementerian-kementerian juga akan digerakkan untuk membantu operasi pascabanjir bagi mempercepatkan kerja-kerja yang sedang dilaksanakan.

Sementara itu, dalam hantaran di Facebook rasminya harini, beliau menyatakan turun padang ke Temerloh dan Mentakab, Pahang bagi menyampaikan sumbangan Bantuan Wang Ihsan (BWI) kepada mangsa banjir sebagaimana yang telah diumumkan oleh Kerajaan sebelum ini.

“Saya juga berkesempatan meninjau perkembangan banjir di Kg. Batu Kapor dan Sungai Buloh, Mentakab, SMK Seri Tualang Temerloh.

“Selaku Pengerusi MRL Sdn Bhd, saya turut menggerakkan bantuan sukarelawan daripada MRL yang diketuai oleh CEO, Dato’ Sri Darwis Abdul Razak ke SK Chenor, Maran bagi membersihkan kawasan sekolah serta menyampaikan sumbangan ECRL kepada penduduk di sekitar sekolah.

-EDISI9

Terkini

Imigresen serbu pusat hiburan sediakan ‘call girl’, 63 ditahan

JABATAN Imigresen Johor menyerbu sebuah pusat hiburan yang disyaki menyediakan gadis panggilan (call girl) di Taman Mount Austin, Johor...

Lagi Artikel Berkaitan