30.9 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 23, 2024

JAIS kecualikan bayaran gantian dokumen nikah, cerai, rujuk

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

JABATAN Agama Islam Selangor (JAIS) mengecualikan bayaran bagi permohonan yang mahu mendapatkan salinan dokumen nikah, cerai dan rujuk yang terjejas akibat banjir.

Pengarah JAIS, Datuk Mohd Shahzihan Ahmad berkata, langkah itu sebagai tanda keprihatinan jabatan itu dan mengambil berat kemaslahatan orang awam yang terjejas akibat banjir di negeri ini.

“JAIS menjangkakan bencana alam ini turut menyebabkan kemusnahan, kerosakan atau kehilangan dokumen rasmi penting berkaitan perkahwinan, perceraian dan rujuk yang dikeluarkan oleh JAIS,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Advertisements

Sehubungan itu, beliau berkata, mangsa banjir yang kehilangan dokumen Kebenaran Berkahwin yang dikeluarkan mengikut Seksyen 17 Enakmen Undang-Undang Keluarga (Negeri Selangor) 2003, Surat Perakuan Nikah di bawah subseksyen 26(1), Surat Perakuan Cerai di bawah subseksyen 55(5) atau Surat Perakuan Rujuk di bawah subseksyen 52(3) enakmen sama, boleh membuat permohonan mendapatkan semula salinan dokumen itu tanpa dikenakan sebarang bayaran.

Mohd Shahzihan berkata, individu terbabit boleh berurusan dengan Pejabat Agama Islam Daerah yang mempunyai bidang kuasa mengeluarkan dokumen itu mulai hari ini sehingga 31 Januari 2022.-Edisi 9

Advertisements

Terkini

Agong, Permaisuri zahir rasa sedih tragedi nahas helikopter TLDM

YANG di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah menzahirkan rasa sedih atas tragedi nahas dua...

Lagi Artikel Berkaitan