28.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

BWI tiada tarikh tutup, layak setiap kali berlaku bencana – NADMA

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

AGENSI Pengurusan Bencana Negara (NADMA) menegaskan bahawa tiada tarikh tutup bagi permohonan Bantuan Wang Ihsan (BWI) untuk mangsa bencana.

Agensi itu dalam satu kenyataan berkata, semua mangsa banjir layak menerima bantuan tersebut setiap kali kediaman mereka terjejas akibat banjir.

Sehubungan itu, NADMA menyangkal kenyataan Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh yang mempersoalkan percanggahan antara kenyataan Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob berhubung isu tersebut,

Berikut kenyataan penuh NADMA:

Pada 21 Disember 2021, YAB Perdana Menteri telah memutuskan bahawa semua mangsa bencana yang terkesan akibat banjir wajar menerima BWI setiap kali ditimpa bencana.

Keputusan ini dibuat Perdana Menteri semasa mempengerusikan Mesyuarat Khas Pengurusan Bencana Bersama Menteri Besar dan Ketua Menteri.

Sebelum ini kelayakan BWI hanya diberikan sekali dalam musim tempoh bencana telah diisytiharkan namun atas keprihatinan Perdana Menteri kini semua mangsa yang terkesan akibat bencana banjir boleh menuntut BWI setiap kali bencana menimpa, tertakluk kepada pengesahan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) dan diluluskan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN).

Advertisements

Merujuk kepada kenyataan Hannah Yeoh yang mendakwa FAQ NADMA berkaitan BWI adalah bercanggah dengan keputusan Perdana Menteri, pihak agensi ingin memaklumkan bahawa FAQ yang dirujuk adalah garis panduan lama.

Ia tidak lagi terpakai lanjutan pengumuman YAB Perdana Menteri dan arahan ini turut dilanjutkan kepada semua kerajaan negeri.

Dakwaan Hanna Yeoh yang menyatakan terdapat tarikh tutup permohonan BWI adalah tidak benar.

NADMA menafikan sekeras-kerasnya kenyataan tersebut kerana tidak ada tarikh tutup bagi BWI memandangkan kejadian bencana adalah sesuatu
yang tidak dapat diramal.

Untuk makluman, sehingga hari ini sejumlah RM26.9 juta peruntukan fasa pertama telah disalurkan ke 11 buah negeri untuk pembayaran bantuan wang ihsan.

Tambahan akan diberikan mengikut keperluan.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Zahid, Muhyiddin sepakat batal saman, henti pertikaian peribadi

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini membuat...

Lagi Artikel Berkaitan