24.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Banjir: UMNO tangguh perhimpunan agung parti

Mesti Baca

UMNO hari ini membuat keputusan menangguhkan perhimpunan agung parti yang sepatutnya berlangsung bulan depan, ke satu tarikh yang akan dimaklum kemudian.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, penangguhan itu terpaksa dilakukan berikutan bencana banjir yang melanda beberapa negeri pada masa kini.

Beliau berkata, keputusan itu telah dipersetujui oleh Presiden, Timbalan Presiden, Jawatankuasa Pengurusan UMNO serta Ahli Majlis Kerja Tertinggi.

“Ini disebabkan bencana banjir yang berlaku di banyak kawasan dan pimpinan UMNO akar umbi diminta membantu mangsa-mangsa banjir.

“Ada beberapa bahagian seperti Kota Raja dan Klang (Selangor) masih tidak dapat mengadakan Mesyuarat Perwakilan Bahagian kerana dilanda musibah banjir,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Advertisements

Perhimpunan Agung UMNO 2021 (PAU 2021) sepatutnya diadakan pada 12 hingga 15 Januari depan.

Ahmad berkata, PAU biasanya melibatkan hampir 6,000 pemimpin akar umbi Bahagian, Wanita, Pemuda dan Puteri daripada 191 UMNO Bahagian dan ribuan lagi pemerhati dari seluruh negara.

“UMNO bersama berdukacita terhadap rakyat yang terkesan kerana bencana banjir dan berharap jentera UMNO dan Barisan Nasional serta Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri terus membantu mereka,” katanya.

UMNO telah selesai mengadakan persidangan peringkat cawangan pada 15 Oktober hingga 30 November lalu.

Manakala Mesyuarat Perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri Bahagian diadakan serentak pada 11 dan 12 Disember manakala Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian pula pada 18 Disember. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan