24.6 C
Kuala Lumpur
Tuesday, August 16, 2022

Amaran hujan berterusan, 3 negeri diminta berwaspada

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

JAWATANKUASA Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) bagi Johor, Sabah dan Sarawak diminta berwaspada berikutan amaran hujan lebat berterusan yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysi (MetMalaysia) hari ini.

Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Datuk Aminuddin Hassim berkata, mereka telah diarah mengambil tindakan awal membuka Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) hari ini serta memaklumkan agensi-agensi responder untuk bersiap siaga untuk operasi.

Menurut beliau, setiap PKOB Negeri telah diarahkan untuk mengemukakan laporan kawasan-kawasan yang masih mengalami banjir dan yang telah surut termasuk kawasan yang memasuki fasa pasca bencana dan pemulihan awal.

“PKOB juga telah memaklumkan kepada pihak Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) berkenaan keperluan untuk atur gerak pam bagi operasi mengeluarkan air di kawasan banjir genang.

“Pihak NADMA sedang menyelaras bantuan-bantuan logistik yang diperlukan antaranya membawa unit pam JPS dari Ipoh ke Taman Sri Muda dan Mentakab,” katanya hari ini, lapor Astro Awani.

Katanya, PKOB Pusat turut dimaklumkan PKOB Terengganu bahawa negeri berkenaan telah memasuki fasa pasca sepenuhnya pada 21 Disember 2021.

Baca juga:   NADMA bakal ditubuhkan di peringkat negeri, daerah

Bagi menghadapi kemungkinan banjir berlaku di Pahang berikutan ramalan luruan monsun bermula 27 Disember 2021, beliau berkata, pihak Angkatan Pertahanan Malaysia (APM) Terengganu akan menghantar pasukan bagi membantu kesiapsiagaan negeri itu.

Aminuddin berkata, pada lewat petang hingga malam ini ribut petir boleh berlaku di pantai timur Semenanjung berdasarkan laporan MET Malaysia.

Baca juga:   Tarik balik portal bahasa Mandarin - Pemuda UMNO

“Terdapat tanda-tanda awal berlaku luruan monsun bermula 27 Disember yang berpotensi menyebabkan hujan yang berterusan di Sarawak Barat dan Sabah Timur.

“Hujan lebat berterusan untuk tempoh beberapa hari boleh mengakibatkan kejadian banjir di kawasan-kawasan berkedudukan rendah dan kawasan kerap banjir,” katanya.

Tambah beliau, sekiranya hujan lebat berlaku serentak dengan kejadian air pasang besar dan luruan ribut, risiko kejadian banjir boleh menjadi buruk.-Edisi 9

Terkini

Projek MARA Digital diteruskan – PM

PROJEK MARA Digital akan diteruskan bagi membuka peluang kepada anak muda Bumiputera terlibat sebagai usahawan teknologi maklumat (IT). Perdana Menteri, Datuk...

Lagi Artikel Berkaitan