32.7 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

37,305 mangsa banjir ditempatkan di PPS lima negeri

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

JUMLAH mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) terus menunjukkan penurunan dengan 37,305 orang setakat pukul 9 pagi ini.

Menurut info bencana aplikasi dalam talian Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), jumlah itu merangkumi 10,945 keluarga di 233 PPS di lima negeri.

Jumlah mangsa banjir di Pahang kekal mencatatkan tertinggi dengan 19,864 orang terdiri daripada 6,027 keluarga di 137 PPS.

Advertisements

Selangor pula merekodkan sejumlah 16,579 mangsa yang terdiri daripada 4,647 keluarga di 86 PPS diikuti Kelantan dengan 681 orang daripada 218 keluarga di lima PPS yang dibuka.

Selain itu, seramai 152 mangsa direkodkan di Negeri Sembilan yang terdiri daripada 44 orang di empat PPS diikuti Melaka dengan 29 mangsa daripada sembilan keluarga di sebuah PPS.

-EDISI 9

Advertisements

Terkini

Apabila kita terlampau berlebih-lebihan meraikan Syawal

Oleh DR MOHD ISTAJID MOKHTAR BARANGKALI Malaysia merupakan antara negara Islam paling berlebih-lebihan dalam menyambut Aidilfitri. Tidak seperti negara-negara Islam Timur...

Lagi Artikel Berkaitan