27.9 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Banjir: PM arah gerakkan semua aset kementerian

Mesti Baca

PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengarahkan semua kementerian berkaitan agar menggerakkan aset masing-masing ke kawasan terjejas akibat banjir.

Menurut beliau, ia bagi memastikan rakyat diselamatkan dan ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) yang disediakan dengan segera.

Ismail Sabri berkata, beliau turut mengarahkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam (APM), bomba dan agensi berkaitan membantu memindahkan mangsa banjir.

“Saya juga sudah bercakap dengan Panglima Angkatan Tentera dan Ketua Polis Negara untuk menggunakan aset tentera, polis, Angkatan Pertahanan Awam, bomba dan agensi-agensi sokongan lain untuk memindahkan mangsa banjir dan memastikan bekalan makanan serta keperluan selain khidmat kesihatan disediakan segera di pusat pemindahan sementara,” katanya dalam Facebooknya hari ini.

Sebelum itu Perdana Menteri telah diberikan taklimat oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) mengenai keadaan banjir yang melanda beberapa negeri ekoran hujan lebat secara berterusan.

Perdana Menteri berkata, beliau juga telah meminta NADMA bekerjasama dengan wakil rakyat di setiap kawasan memandangkan mereka mempunyai maklumat mangsa banjir dan pengumpulan maklumat ini dapat menyegerakan semua pelaksanaan pemindahan dan bantuan.

“Saya juga telah mengarahkan NADMA untuk menyediakan talian kecemasan bagi komunikasi mangsa banjir yang masih terperangkap selain mendapatkan maklumat di laman media sosial rasmi NADMA dan agensi-agensi terlibat.

“Saya minta Keluarga Malaysia yang berada di kawasan yang terjejas dengan banjir agar mematuhi arahan berpindah oleh pihak berkuasa. Jaga keselamatan diri dan keluarga,” katanya.

Ismail Sabri berkata, beliau akan terus memantau situasi bencana tersebut dari masa ke semasa dan akan maklumkan kepada Keluarga Malaysia, langkah-langkah dan tindakan yang dilaksanakan. – Edisi 9

Terkini

‘Rebel’, filem aksi arahan pertama Awie

SELEPAS bertahun-tahun berkecimpung dalam dunia lakonan dengan puluhan filem serta pelbagai watak yang pernah dilakonkan, akhirnya vokalis kumpulan Wings iaitu...

Lagi Artikel Berkaitan