31 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024

9 loji ayam di Thailand, 2 di China lulus eksport ke negara

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEMBILAN loji ayam di Thailand dan dua dari China yang tersenarai di laman sesawang Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) masih sah status kelulusan eksport ke Malaysia.

DVS dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menerusi kenyataan bersama dikeluarkan berkata, kelulusan pelanjutan status eksport loji berkenaan dipersetujui dan disahkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Pengiktirafan Abatoir dan Loji Pemprosesan Luar Negara (JTPALLN) yang bersidang pada 29 Mei 2020.

Katanya, JTPALLN dianggotai pegawai DVS, Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS), JAKIM serta Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI).

“Pengawasan halal ke atas loji yang diberi kelulusan mengimport ayam ke Malaysia dari Thailand akan dipantau dan diselia oleh badan pengesahan halal luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM iaitu The Central Islamic Council of Thailand (CICOT).

“Tempoh sah pengiktirafan JAKIM ke atas CICOT bermula 6 September 2021 hingga 31 Disember 2023.

“Pengiktirafan badan pensijilan halal Shandong Halal Certification Service (SHC) sebagai badan yang diiktiraf oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) pula bermula 23 Januari 2020 sehingga 23 Januari 2022,” katanya.

Advertisements

Selain itu, DVS berkata, JAKIM sudah melaksanakan ‘remote audit’ kepada badan pensijilan halal luar negara berkenaan pada 5 hingga 20 April lalu untuk proses pembaharuan pengiktirafan memandangkan

“Tempoh beberapa badan persijilan halal yang diiktiraf jabatan itu termasuk SHC akan tamat pada 23 Januari 2022,” katanya.

Katanya, Mesyuarat Jawatankuasa Pengesahan Pengiktirafan Halal Luar Negara JAKIM pada 17 Jun lalu meluluskan pembaharuan pengiktirafan kepada SHC bermula 24 Januari 2022 hingga 31 Disember 2023.

“Sijil baharu belum dikeluarkan kerana tempoh pengiktirafan sedia ada kepada badan pensijilan ini masih belum tamat.

“Kelulusan pembaharuan pengiktirafan Badan Persijilan Halal itu sudah dipersetujui dan disahkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pengesahan Pengiktirafan Halal Luar Negara JAKIM yang bersidang pada 17 Jun 2021,” katanya.

Sebelum ini, terdapat sebuah video yang tular di media sosial yang menampilkan seorang penceramah bebas mendakwa loji ayam Thailand dan China yang mengeksport produk ayam ke Malaysia sudah tamat tempoh dan tidak halal.- Edisi 9

Advertisements

Terkini

Tak boleh tolak permohonan pelanggan tidak fasih bahasa Melayu

PARA pegawai Jabatan Imigresen Malaysia tidak dibenarkan menolak sebarang permohonan hanya kerana pelanggan gagal menguasai bahasa kebangsaan. Bagaimanapun, menurut Ketua...

Lagi Artikel Berkaitan