33.4 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 28, 2024

Kes kedua varian Omicron dikesan – Khairy

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan satu lagi kes varian baharu, Omicron pada 14 Disember lalu.

Perkara itu dinyatakan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menerusi satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kes baharu itu melibatkan seorang kanak-kanak warga Malaysia berusia lapan tahun yang menetap bersama keluarganya di Lagos, Nigeria.

“Kes tiba di Malaysia bersama ibu dan adik perempuannya pada 5 Disember 2021 dari Lagos, Nigeria dengan penerbangan transit di Doha, Qatar,” katanya.

Sebelum ini, media melaporkan kes pertama positif varian yang dibimbangi (VOC) Omicron melibatkan seorang pengembara bukan warganegara berusia 19 tahun.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, individu itu merupakan seorang pelajar di sebuah universiti swasta di Ipoh, Perak, tiba dari Afrika Selatan melalui Singapura pada 19 November lalu.

“Dia menjalani ujian RT-PCR Covid-19 setibanya di pintu masuk antarabangsa Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan kes diberi Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di bawah Seksyen 15, Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Akta 342).

“Dia menjalani kuarantin wajib di penginapan yang disediakan oleh pihak universiti di Ipoh. Perjalanan kes dari KLIA ke Ipoh adalah menggunakan bas yang disediakan khas oleh pihak universiti,”katanya. – Edisi 9


Terkini

Merakyatkan ilmu sains demi masa depan

Oleh PROF MADYA TS DR ZUL ILHAM ZULKIFLEE LUBES DALAM era di mana kemeruapan drastik, ketidaktentuan, kerumitan dan kesamaran ialah...

Lagi Artikel Berkaitan