26 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

73 kes positif COVID-19 dikesan di Sekolah Seri Puteri

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

TERDAPAT 73 kes positif COVID-19 di Sekolah Seri Puteri di Cyberjaya melibatkan dua guru dan 71 pelajar.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, kesemua yang dikesan positif itu adalah hasil saringan yang dilakukan terhadap 451 individu di sekolah itu yang terdiri daripada 13 guru, 437 pelajar dan seorang petugas sekolah.

Menurutnya, 65 pelajar yang positif telah dipindah ke di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) 2.0 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS).

“Semua mereka (65) adalah kategori 1 dan 2A, all stable (semua stabil),” katanya menerusi hantaran di laman Twitter beliau hari ini.

Advertisements

Pesakit COVID-19 kategori 1 merujuk kepada mereka yang tiada bergejala langsung, kategori 2A mempunyai simptom ringan dan kategori 2B adalah bergejala ringan yang teruk dan akan dimasukkan ke PKRC.

Khairy berkata, 242 orang kontak rapat kepada mereka yang positif kini dikuarantin, dengan pelajar yang menjadi kontak rapat dikuarantin di asrama sekolah berkenaan.

“Kementerian Kesihatan akan terus pantau keadaan kesihatan pesakit dan memberi rawatan yang terbaik,” katanya.-Edisi 9

Advertisements

Terkini

Pemuda UMNO gesa ‘haramkan’ Prof Gilley masuk Malaysia

PEMUDA UMNO Malaysia hari ini mendesak kerajaan mengharamkan seorang ahli akademik pro-zionis Israel, Bruce Gilley daripada memasuki negara ini. Ketuanya,...

Lagi Artikel Berkaitan