Wednesday, July 22, 2026

Majikan di Wilayah Persekutuan digalak beri cuti am bergaji esok

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PARA majikan di sektor swasta digalakkan memberikan cuti am bergaji kepada pekerja-pekerjanya di tiga Wilayah Persekutuan (WP), esok.

Ia susulan pengisytiharan hari pelepasan am tambahan melibatkan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan berkata, ini memandangkan hari kelepasan am tambahan yang diisytiharkan tersebut bukan merupakan hari kelepasan am bergaji yang wajib diberikan menurut seksyen 60D (1)(b) Akta Kerja 1955 [Akta 265].

“Semalam, Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim mengisytiharkan hari kelepasan am tambahan bagi Wilayah Persekutuan sempena kejuaraan pasukan KL City FC dalam perlawanan akhir Piala Malaysia 2021.

“Pengisytiharan hari kelepasan am itu dibuat selaras dengan subseksyen 9(2) Akta Hari Kelepasan Am 1951 [Akta 369] bagi Wilayah Persekutuan,” katanya dalam kenyataan hari ini.-Edisi 9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan