27.3 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Tular adik dibuli di kem, Hisham minta pengadu hubunginya

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

MENTERI Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein meminta individu yang mendakwa adiknya dibuli di kem tentera yang tular dalam media sosial untuk menghubungi dan menyalurkan maklumat terus kepadanya.

Hishammuddin turut menasihati individu menggunakan identiti ‘pedoqpop’ di akaun Twitter untuk membuat aduan terus ke Kementerian Pertahanan bagi membolehkan siasatan dijalankan.

Menurutnya, jika dakwaan individu berkenaan terbukti sahih, maklumat peribadinya dilindungi dan tindakan tegas akan diambil terhadap pelaku dalam kejadian yang didakwa itu.

“Mohon individu di sebalik mesej ini untuk DM (mesej terus) butiran lebih terperinci terus kepada saya atau hubungi pejabat saya segera.

“Jangan risau, identiti anda akan dirahsiakan. Timbalan Menteri juga diarah untuk teliti perkara ini secara peribadi. Jika sahih, tindakan tegas akan diambil,” katanya menerusi twitternya, hari ini.

Terdahulu, tular tangkap layar gambar mesej seorang individu dimuat naik melalui Twitter @pedoqpop mendakwa adiknya, seorang anggota tentera yang tinggal kem bujang, dibuli sekumpulan 12 hingga 14 orang askar senior.

Menerusi mesej itu, individu terbabit mendakwa adiknya dipukul setiap hari selain terpaksa membelanjakan duit gaji serta simpanan untuk membeli barangan keperluan harian kumpulan senior terbabit.

Individu itu juga mendakwa adiknya takut membuat aduan kepada pegawai atasan kerana bimbang insiden menimpa penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Zulfarhan Osman Zulkarnain dibuli sehingga meninggal dunia, berlaku ke atas adiknya.

Menurut individu itu lagi, beliau sudah membuat aduan kepada polis dan dinasihatkan untuk membuat aduan kepada pihak kem berkenaan terlebih dulu, namun bimbang sekiranya aduan dibuat, adiknya akan menerima kesan lebih buruk.

-EDISI9

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan