30.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

6 pelajar MRSM Sultan Azlan Shah positif Covid-19

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

ENAM pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Sultan Azlan Shah, Kuala Kangsar, Perak telah dikesan positif Covid-19.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad, berkata, ini adalah kes kedua yang membabitkan pelajar sekolah di Perak.

“Untuk kes kedua ini adalah di sebuah sekolah agama yang terletak di Bagan Datuk.

Bagaimanapun, Saarani tidak menyatakan berapa ramai warga sekolah itu yang dijangkiti virus berkenaan.

“Saya minta maaf kerana saya tidak bawa angka (statistik) hari ini. Memang ada berlaku jangkitan kepada pelajar sekolah terutama sekali sekolah berasrama penuh.

“Mereka yang dijangkiti itu sudah diasing atau dikuarantin di asrama berasingan sekali gus jangkitan tidak menular ke luar,” katanya pada sidang media selepas berucap merasmikan pembukaan Sidang Dewan Belia Perak di Hotel Casuarina, Meru, hari ini, lapor BH Online.

Advertisements

Beliau berkata, walaupun terdapat kes jangkitan di sekolah itu, ia tidak membawa kepada penutupan sekolah berkenaan.

“Jadi di Perak tiada sekolah ditutup setakat ini. Sekolah yang terbabit masih dibuka tetapi pelajar berkenaan dikuarantin di asrama berasingan,” katanya.

Saarani berkata, pihaknya, setakat ini masih belum memperoleh angka rasmi jumlah sebenar jangkitan COVID-19 membabitkan sekolah memandangkan terdapat sekolah yang bukan berada di bawah penyelarasan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) atau Kementerian Pendidikan (KPM).

“Situasi sekarang, ada dua sekolah. Satu di bawah JPN yang hanya ambil maklum berkaitan sekolah di bawah KPM dan satu lagi sekolah (MRSM Sultan Azlan Shah) adalah di bawah Majlis Amanah Rakyat (MARA),” katanya.

Kelmarin, media melaporkan Exco Kesihatan Perak, Mohd Akmal Kamarudin mengesahkan enam pelajar MRSM Sultan Azlan Shah, Kuala Kangsar disahkan positif COVID-19 melalui Kluster Jalan Kuala Kangsar-Gerik.-Edisi 9

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan