28 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 23, 2024

Sulaiman umum barisan Exco Melaka

Ketua Perhubungan UMNO Melaka, Ab Rauf Yusoh antara muka baharu yang dilantik selain Dr Akmal dan Rais Yasin

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KETUA Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali hari ini mengumumkan barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Melaka yang menyaksikan kombinasi muka lama dan baharu termasuk pertukaran portfolio.

Menurut senarai yang diperkenan oleh Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Rustam, Sulaiman dilantik memegang portfolio Perancang Ekonomi, Kewangan, Pembangunan Tanah, Agensi Berkaitan Kerajaan (GLC) dan Hal Ehwal Agama.

Datuk Muhammad Jailani Khamis kekal memegang portfolio Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan manakala Datuk Rahmad Mariman yang sebelum ini Exco Kesihatan dan Antidadah, dilantik sebagai Exco Kerja Raya, Pengangkutan, Kemudahan Awam, Infrastruktur dan Pengurusan Banjir.

Sementara itu, lapan muka baharu dilantik sebagai Exco kerajaan negeri kali ini termasuk Datuk Seri Ab Rauf Yusoh yang sebelum ini merupakan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka yang dilantik sebagai Exco Perindustrian, Pelaburan dan Pembangunan Usahawan.

Berikut adalah senarai penuh Jawatankuasa Negeri Melaka bagi penggal DUN ke-15.

Advertisements
  1. DATUK SERI SULAIMAN MD ALI – Exco Perancang Ekonomi, Kewangan, Pembangunan Tanah, Agensi Berkaitan Kerajaan (GLC) dan Hal Ehwal Agama
  2. DATUK SERI AB RAUF YUSOH – Exco Perindustrian, Pelaburan dan Pembangunan Usahawan
  3. DATUK MUHAMMAD JAILANI KHAMIS – Exco Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan
  4. DATUK RAHMAD MARIMAN – Exco Kerja Raya, Pengangkutan, Kemudahan Awam, Infrastruktur dan Pengurusan Banjir
  5. DATUK ZAIDI ATAN – Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar
  6. DATUK ABDUL RAZAK ABDUL RAHMAN – Exco Pembangunan Luar Bandar, Pertanian dan Industri Asas Tani
  7. V.P SHANMUGAM – Exco Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO)
  8. DATUK KALSOM NORDIN – Exco Hal Ehwal Wanita, Pembangunan Keluarga dan Kebajikan
  9. DR MUHAMAD AKMAL SALEH – Exco Kesihatan dan Antidadah
  10. DATUK RAIS YASIN – Exco Pendidikan dan Teknologi
  11. NGWE HEE SEM – Exco Perpaduan Hubungan Masyarakat, Tenaga Kerja dan Hal Ehwal Pengguna

Sementara itu, Sulaiman berkata, gabungan Exco yang terdiri daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada UMNO, MCA dan MIC itu melambangkan perpaduan dan kerjasama daripada semua kaum di Melaka.

“Gabungan lama, berpengalaman dan baharu daripada pelbagai latar belakang dan profesion inilah barisan terbaik untuk memajukan dan memakmurkan rakyat dalam tempoh lima tahun akan datang,” katanya pada sidang akhbar khas pengumuman barisan Exco kerajaan negeri di Seri Negeri, Ayer Keroh Melaka.

Majlis angkat sumpah Exco Melaka itu berlangsung 3 petang ini di hadapan Mohd Ali di Seri Negeri. – Edisi 9


Advertisements

Terkini

Agong, Permaisuri zahir rasa sedih tragedi nahas helikopter TLDM

YANG di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah menzahirkan rasa sedih atas tragedi nahas dua...

Lagi Artikel Berkaitan