26.1 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 23, 2024

5,501 kes baharu harian COVID-19, 7 kluster lagi

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KES baharu Covid-19 hari ini merekodkan angka di bawah 6,000 dengan catatan 5,501 kes dilaporkan, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,614,480 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada kes harian tersebut, 25 kes adalah kes import yang melibatkan 13 warganegara dan 12 bukan warganegara.

“Penularan tempatan merekodkan sebanyak 5,476 kes, melibatkan seramai 5,278 warganegara (96.4 peratus) dan seramai 198 bukan warganegara (3.6 peratus).

“Terdapat sebanyak 78 kes atau (1.4 peratus) telah dilaporkan daripada kategori 3, 4, dan 5.

“Manakala, sebanyak 5,423 kes (98.6 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Sementara itu, kata beliau, kes sembuh merekodkan sebanyak 6,664 kes.

Advertisements

“Pertambahan itu menjadikan sebanyak 2,516,693 kes kumulatif dilaporkan atau 96.3 peratus,” katanya.

Jelasnya, kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) pula adalah sebanyak 519 kes (445 kes disahkan COVID-19 ; 74 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan).

“Sementara, 267 kes memerlukan bantuan pernafasan (167 kes disahkan COVID-19 ; 100 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan),” katanya.

Berhubung kluster pula, Dr Noor Hisham memaklumkan, terdapat pertambahan tujuh kluster hari ini menjadikan kluster aktif kini memcecah 236 kluster. – Edisi 9


Advertisements

Terkini

Tiga wanita antara terkorban nahas helikopter TLDM di Lumut

TIGA wanita yang menjadi penumpang helikopter HOM antara 10 yang terkorban dalam nahas dua helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan