26.2 C
Kuala Lumpur
Tuesday, February 7, 2023

Qobin, Rashid Sidek dan Cheah Soon Kit terima gelaran Datuk

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PENDAKI 7 Benua dan Penjelajah Grand Slam Negara, Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin atau Qobin bersama Abd Rashid Mohd Sidek dan Cheah Soon Kit, bekas pemain Badminton negara yang memenangi Pingat Perak dan Gangsa sukan Olimpik Atlanta 1996 menerima gelaran Panglima Mahkota Wilayah P.M.W yang membawa gelaran Datuk.

Penganugerahan itu disampaikan Yang Dipertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in pagi tadi di Istana Negara sempena Sambutan Hari Wilayah Persekutuan untuk tahun 2021 bagi sesi kedua.

Majlis kalungan pingat yang sepatutnya diadakan pada bulan Februari 2021 lalu, terpaksa ditunda kepada hari ini kerana negara ketika itu diletakkan dalam keadaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) akibat penularan wabak Covid-19.

Majlis istiadat pengurniaan darjah kebesaran dimulakan dengan penyampaian kalungan bintang dan pingat Seri Mahkota Wilayah S.M.W kepada sembilan penerima yang membawa gelaran Datuk Seri antaranya Timbalan Menteri Pelancongan Seni dan Budaya, YB Datuk Seri Santara Kumar A/L Ramanaidu.

Baca juga:   Exco Pemuda puji langkah Nazri, beri peluang muka baharu

Turut menerima gelaran P. M.W adalah Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi serta pelakon dan penyanyi Datuk Yusri Abdul Halim atau Yusri KRU, Sahibus Samahah Datuk Dr. Luqman Abdullah, Mufti Wilayah Persekutuan.

Majlis istiadat pengurniaan pingat  pada hari ini bagi sesi kedua, seramai sembilan orang menerima Setia Mahkota Wilayah yang membawa gelaran Datuk Seri, 40 orang menerima Panglima Mahkota Wilayah yang membawa gelaran Datuk, 26 penerima pingat Johan Mahkota Wilayah J.M.W, 48 penerima pingat Kesatria Mahkota Wilayah K.M.W, 19 penerima pingat Ahli Mahkota Wilayah A.M.W dan 40 orang penerima Pingat Pangkuan Mahkota Wilayah P.P.W. – Edisi 9

Baca juga:   Qobin letak jawatan EXCO Pemuda UMNO

Wartawan

Terkini

Elemen amanah, keyakinan perlu diterap dalam pasukan

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan kepada jemaah menteri dan penjawat awam untuk bekerja sebagai satu pasukan yang...

Lagi Artikel Berkaitan