27.8 C
Kuala Lumpur
Wednesday, September 28, 2022

Harap pengundi Melaka pilih parti stabil, bantu rakyat

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

RAKYAT di Melaka diharap dapat memilih parti yang stabil dan mampu membantu ekonomi rakyat di negeri berkenaan dengan sebaiknya sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka esok.

Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin berkata, rakyat diharap dapat menilai mana yang sebaiknya dan memilih BN semula.

Menurutnya, banyak yang telah dibuat oleh kepimpinan parti dan membuat perubahan kearah kebaikan rakyat dan dalaman parti.

“Calon-calon yang diketengahkan juga ramai yang muda dan berwibawa. Manifesto-manifesto BN juga lebih teratur dan mampu ditunaikan.

“Calon BN lebih fokus dan banyak membawa isu kawasan untuk dibangunkan dan mudah difahami dan diterima oleh rakyat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Muqharabbin berkata, dia yakin BN dapat menang lebih daripada 16 kerusi dan membentuk kerajaan negeri yang stabil dan terurus.

Baca juga:   PN pilih Mas Ermieyati sebagai calon Ketua Menteri

“Rakyat buanglah katak-katak politik yang melompat sana sini dan ajarlah mereka yang telah menipu rakyat semasa PRU 14 yang lalu,” katanya.

Menurutnya, BN sememangnya tidak terlepas daripada kelemahan, tetapi memilih parti yang menjanjikan bulan dan bintang seperti PH dan parti yang masih baru PN yang banyak kaki lompat, akan merugikan rakyat.

“Lihatlah apa terjadi selepas PH perintah? Apa jadi dengan ekonomi negara? Apa rakyat dapat? Adakah aset-aset negara bertambah? Dividen tabung-tabung simpanan menaik?

“Kesejahteraan hidup Rakyat bertambah baik? Negara lebih stabil dan terancang? Pasaran saham lebih baik? Pelaburan asing menaik? Janji-janji manifesto ditepati? 

Baca juga:   OKU, warga emas berdaftar JKM terima vaksin secara mobil

-EDISI9

Terkini

96 PPS sedia diaktif di KL dan Putrajaya -Rina Harun

BAGI persiapan menghadapi musim Monsun Timur Laut (MTL) tahun ini, sebanyak 96 pusat pemindahan sementara (PPS) sedia diaktifkan. Dengan...

Lagi Artikel Berkaitan